awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persahabatan antarabangsa: Malaysia uji Bahrain Oktober depan

Bernama
Bernama
15/07/2020
12:41 MYT
Persahabatan antarabangsa: Malaysia uji Bahrain Oktober depan
Perlawanan persahabatan berkenaan merupakan medan persediaan skuad kebangsaan sebelum berdepan UAE dalam aksi keenam Kumpulan G. - Astro Arena
SKUAD Harimau Malaya akan berdepan pasukan di ranking ke-99 dunia, Bahrain, dalam aksi pemanas badan di tempat lawan 2 Oktober depan.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, berkata perlawanan persahabatan berkenaan merupakan medan persediaan skuad kebangsaan sebelum berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi keenam Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di tempat lawan pada 8 Oktober depan.
Bagaimanapun, badan induk itu perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan untuk ke Bahrain memandangkan kerajaan masih menguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara bagi membendung penularan COVID-19.
“Baru-baru ini, FAM dan Bahrain FA sudah mencapai persetujuan secara lisan untuk mengadakan aksi persahabatan di tempat lawan, namun kami perlu menunggu lampu hijau daripada kerajaan sebelum terbang ke sana.
“Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, dijangka memanggil beberapa pemain bagi menjalani latihan pusat, seminggu sebelum mereka terbang ke Bahrain,” kata Stuart.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di tempat lawan yang menyaksikan Malaysia tewas 0-1.
Selepas aksi berdepan UAE, Malaysia akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 13 Oktober depan sebelum menamatkan pusingan awal kelayakan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November depan.
Malaysia kini berada di tangga kedua Kumpulan G dengan mengumpulkan sembilan mata selepas mengharungi lima daripada lapan aksi.
Hanya UAE, yang berada di tangga keempat dengan enam mata, memiliki kelebihan satu aksi sementara pendahulu, Vietnam, unggul dengan 11 mata diikuti Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini menangguhkan kesemua perlawanan kelayakan sejak Mac lalu susulan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahrain
#bola sepak
#Emiriah Arab Bersatu
#FAM
#harimau Malaya
#kelayakan Piala Dunia 2022
#Malaysia
#Piala Asia 2023
#skuad kebangsaan
#struart ramalingam
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan