SPORTS
Persiapan keselamatan, kemudahan pastikan final Piala Malaysia lancar - Hannah

Semua aspek keselamatan dan kemudahan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah disediakan untuk memastikan kelancaran perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Persiapan dari aspek keselamatan dan kemudahan telah dilengkapkan bagi memastikan kelancaran perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Ringkasan AI
- Semua aspek keselamatan dan kemudahan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah disediakan untuk memastikan kelancaran perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara JDT dan Sri Pahang FC.
- JDT mencatat dua kemenangan ke atas Sri Pahang dalam Liga Super musim ini dan kini dalam misi mencipta sejarah memenangi triple-treble selepas menjuarai Liga Super dan Piala FA.
- Kali terakhir JDT dan Sri Pahang bertemu di pentas final Piala Malaysia adalah pada 2014, di mana Sri Pahang menang melalui penentuan penalti 5-3.
Kali terakhir JDT dan Sri Pahang bertemu di pentas final Piala Malaysia ialah pada musim 2014, menyaksikan skuad Tok Gajah muncul juara menerusi penentuan penalti 5-3 selepas terikat 2-2.
Untuk rekod, dalam saingan Liga Super musim ini, JDT mencatat dua kemenangan ke atas Sri Pahang masing-masing 3-0 dan 3-1..
JDT dalam misi mencipta sejarah selaku pasukan pertama memenangi triple-treble selepas menjulang kejuaraan Liga Super dan Piala FA musim ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami