awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan SUKMA 2026 capai 50 peratus - Exco

Bernama
Bernama
06/07/2025
20:30 MYT
Persiapan SUKMA 2026 capai 50 peratus - Exco
Mohd Najwan Halimi berkata, pihaknya menyasarkan kerja-kerja berkenaan siap sepenuhnya Mac tahun depan sebelum temasya dwitahunan kebangsaan itu dijangka berlangsung pada Ogos. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Persiapan tuan rumah bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sudah mencapai 50 peratus membabitkan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih kemudahan sedia ada.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, pihaknya menyasarkan kerja-kerja berkenaan siap sepenuhnya Mac tahun depan sebelum temasya dwitahunan kebangsaan itu dijangka berlangsung pada Ogos.
"Antara kemudahan yang sedang dinaik taraf ialah stadium, dewan dan pusat akuatik masing-masing di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan.
"Saya dimaklumkan kesemua kerja-kerja itu sedang dilipatgandakan bagi mempercepat proses baik pulih dan penaiktarafan bagi memastikan kemudahan dalam keadaan baik dan selamat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan insentif muassasah kepada 127 pemohon Insentif Haji Muassasah 1446/2025 serta 10 bantuan kemasyarakatan berjumlah RM60,000 merangkumi individu, badan bukan kerajaan dan persatuan penduduk kawasan Kota Anggerik di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada Ahad.
Mohd Najwan sebelum ini dilaporkan berkata, antara venue yang terlibat dalam proses naik taraf ialah Pusat Akuatik Darul Ehsan di Shah Alam, Lapang Sasar Subang serta Stadium Hoki Pandamaran di Klang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#proses naik taraf
#bantuan kemasyarakatan
#insentif muassasah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan