Argentina tidak mungkin sampai ke peringkat kedua ini tanpa penyerang sensasi mereka, Lionel Messi.

Beliau dilihat banyak membantu pasukannya untuk memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat dan seterusnya menduduki tangga teratas Kumpulan F.

Bagaimanapun pasukan itu dilihat masih di bawah tahap terbaik mereka jika dibandingkan dengan prestasi mereka pada tahun-tahun lepas.

Ini dinilai berdasarkan kemenangan tipis mereka terhadap pasukan-pasukan Kumpulan F yang lain iaitu Bosnia-Herzegovina, Iran dan Nigeria.

argentina switzerland

Bagi perlawanan malam ini di antara Argentina dengan Switzerland, dijangka jurulatih Argentina, Alejandro Sabella akan lebih menumpu kepada Ezequiel Lavezzi untuk membantu Messi di bahagian serangan setelah Sergio Aguero mengalami kecederaan.

Bagi Switzerland pula, ternyata pasukan itu masih goyah di bahagian pertahanan selepas tewas 2-5 dengan Perancis dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Pasukan itu berjaya mara ke pusingan kedua selepas mengumpul enam mata hasil dari dua kemenangan. Argentina kini berada di tempat kedua dalam Kumpulan E.

Namun pasukan yang diterajui Ottmar Hitzfeld itu nampaknya tidak mempunyai banyak masalah di bahagian serangan kerana mereka juga mempunyai 'Messi' mereka tersendiri.

Dengan adanya Xherdan Shaqiri yang diberi nama jolokan, 'Alpine Messi', Switzerland dijangka memberi tentangan yang hebat kepada Argentina serta mampu meletakkan tekanan kepada mereka.

Tempat: Sao Paolo. Waktu perlawanan: 12 malam

Pasukan mana yang anda rasa akan menang perlawanan antara Argentina dan Switzerland? Sertai undian kami.