awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang

Agensi
Agensi
19/07/2020
03:58 MYT
Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang
Penentuan pra-perbicaraan berkaitan bidang kuasa pengadilan kepada Palestin bakal dilaksanakan tidak lama lagi dan pemerintah Israel menjangkakan keputusan hakim tidak memihak kepada mereka. -Gambar fail
KEKEBALAN Israel yang acap kali terlepas dari tindakan undang-undang mungkin bakal berakhir selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semakin hampir untuk membuka siasatan penuh terhadap jenayah perang di Tebing Barat dan Gaza.
Meskipun menerima serangan diplomatik dari Amerika Syarikat dan Israel namun mahkamah tersebut tidak tunduk dengan ugutan berkenaan, lapor The Electronic Intifada.
Penentuan pra-perbicaraan berkaitan bidang kuasa pengadilan kepada Palestin bakal dilaksanakan tidak lama lagi dan pemerintah Israel menjangkakan keputusan hakim tidak memihak kepada mereka.
Akhbar dari Tel Aviv, Haaretz melaporkan minggu ini bahawa negara itu sedang mengumpul “senarai rahsia pegawai tentera dan perisik yang mungkin akan ditangkap di luar negeri" sekiranya siasatan ICC dilanjutkan.
Menurut laporan akhbar itu lagi, difahamkan seramai 200 hingga 300 individu berada dalam senarai tersebut.
Begitupun, dokumen itu masih dirahsiakan kerana ICC berkemungkinan akan melihat senarai nama sebagai pengakuan rasmi Israel atas penglibatan pegawai-pegawai itu dalam insiden yang disiasat, lapor akhbar itu lagi.
Suspek yang mungkin terlibat ialah menteri dan pegawai tentera yang mengawasi dan melakukan serangan di Gaza pada 2014.
Antara pegawai berpangkat kanan berpotensi disenaraikan seperti yang dinamakan Haaretz adalah Presiden, Benjamin Netanyahu dan bekas ketua tentera, Benny Gantz.
Senarai tersebut juga boleh merangkumi pegawai berpangkat rendah yang terlibat dalam pembinaan penempatan di Tebing Barat.
Topic Berkaitan
#2014
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#Gaza
#Israel
#jenayah
#mahkamah
#menteri
#presiden
#serangan
#siasatan
#suspek
#tentera
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan