PUTRAJAYA: Peruntukan RM20 juta untuk membangunkan litar drag di setiap negeri seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tidak mencukupi memandangkan kos penyelenggaraan menelan belanja besar selain keperluan menitikberatkan aspek keselamatan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata peruntukan yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada Belanjawan 2023 juga tidak pernah dibahaskan serta mendapat kelulusan di Parlimen malah tiada input daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai projek berkenaan.
"Bukan sahaja duit, untuk membina litar drag ini melibatkan tanah yang besar dan kena dapatkan persetujuan kerajaan negeri. Dalam keadaan politik semasa yang mana kita ada kerajaan negeri berbeza-beza, bagaimana pengumuman itu boleh dibuat dan ada jangkaan untuk 'rollout'...tak mungkin," katanya.Beliau
Beliau berkata aspek keselamatan dalam sukan permotoran juga sangat penting dan KBS menitikberatkan soal ini selain daripada keperluan penyelenggaraan litar.
Hannah berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.
Meskipun demikian, Hannah berkata KBS akan memastikan sukan permotoran diberi perhatian dan pada tahun ini, terdapat peruntukan untuk program permotoran yang akan diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, dan Litar Antarabangsa Sepang juga menerima peruntukan bagi membuat program dan penambahbaikan.
Mengenai program "Road to Gold" bagi pemain badminton dalam usaha meraih pingat pada Sukan Olimpik di Paris 2024, Hannah berkata tiada ada sebarang perubahan senarai pemain badminton meskipun berlaku penurunan ranking dunia termasuk wakil negara yang tersingkir awal di kejohanan Masters Malaysia.
Beliau berkata syarat kelayakan program RTG adalah jelas iaitu bekas pemenang pingat Olimpik dan atlet yang berada dalam senarai 10 terbaik dunia berdasarkan sukan masing-masing.
"Tidak ada (pemain badminton keluar dan masuk program RTG) sebab syarat kelayakan itu sangat jelas. Kalau mereka hendak masuk mesti berada dalam kedudukan 10 terbaik dunia," katanya.
Hannah berkata untuk menyingkirkan atlet daripada program RTG bukan perkara mudah kerana ia memerlukan perbincangan lanjut serta nasihat daripada penasihat teknikal seperti Datuk Dr Ramlan Aziz, Josiah Ng dan Datuk Lee Chong Wei.
Ketika ini, ranking dunia pemain badminton menyaksikan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia menduduki nombor 10 dunia manakala beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di ranking ketiga dunia dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di nombor tujuh dunia.
Bagi beregu wanita negara pula, Pearly Tan-M Thinaah menduduki nombor 11 dunia namun dijangka meningkat selepas meraih gelaran naib juara Masters Malaysia Ahad lepas.
Atlet badminton mendominasi senarai program RTG antaranya Zii Jia, dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah dan dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Selain pemain badminton, antara atlet yang menyertai senarai berkenaan ialah pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek), ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri (terjun).
Ditanya mengenai perseorangan lelaki Zii Jia, Hannah berharap pemain itu dapat fokus dan memberikan yang terbaik sepanjang kelayakan Olimpik terutama selepas mendapat jurulatih baharu Wong Tat Meng.
"Saya gembira untuk Zii Jia kerana sebelum pengumuman dia mempunyai masalah tiada jurulatih. Ia sangat penting buat dia mempunyai jurulatih dan bergerak ke depan kerana kita tahu dia mahu memenangi emas. Dia mengambil langkah memperbaiki dirinya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Hannah berkata aspek keselamatan dalam sukan permotoran juga sangat penting dan KBS menitikberatkan soal ini selain daripada keperluan penyelenggaraan litar. - Gambar fail/Bernama
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
TikTok saman kerajaan Amerika Syarikat
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat susulan tindakan pengharaman aplikasi itu.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.