awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah

Bernama
Bernama
17/11/2023
07:17 MYT
Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah
Norza menyifatkan kenyataan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh susulan tindakan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, yang dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kenyataan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar daripada Suhardi kerana status MOM selaku badan payung persatuan sukan kebangsaan dijamin dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.
"Kenyataannya, andai ia benar, melambangkan niat jahat daripada Pesuruhjaya Sukan.
"Walaupun MOM tidak berada dalam perjumpaan berkenaan, ugutan itu dikeluarkan tanpa sebarang sebab," dakwanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Biarpun enggan membuat kesimpulan secara terburu-buru, Mohamad Norza menuntut Suhardi menjelaskan keadaan sebenar memandangkan kenyataan dibuatnya disifatkan melampaui batas.
Beliau pada masa sama juga mengarahkan Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Mohd Najib, mengambil tindakan sewajarnya dengan mengemukakan bantahan, jika ia benar berlaku.
Klip audio berdurasi satu minit 20 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp memetik Suhardi mengugut membatalkan pendaftaran MOM.
Rakaman perbualan itu dipercayai dibuat ketika perjumpaan antara Suhardi dan dua kumpulan mewakili kelompok pucuk pimpinan e-sukan berhubung pendaftaran dan keahlian antarabangsa sebuah badan induk sukan berkenaan pada 14 Nov lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOM
#Pesuruhjaya Sukan
#batal pendaftaran
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan