awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PETRONAS berbesar hati menjadi penaja emas Sarawak Regatta 2023

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2023
04:50 MYT
PETRONAS berbesar hati menjadi penaja emas Sarawak Regatta 2023
Sarawak Regatta menjadi antara aktiviti terbesar negeri itu dan menarik pengunjung tempatan dan luar negara.
KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berbesar hati menyokong acara sukan air tertua di Malaysia, Sarawak Regatta sebagai penaja emas buat kali ketujuh berturut-turut.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG, Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi berkata, sukan lumba perahu tersohor ini berjaya menjadi antara aktiviti terbesar negeri itu dan menarik pengunjung tempatan dan luar negara.
“Banyak bandar di Sarawak telah mengadakan regatta di tempat masing-masing dan ia satu aktiviti yang berjaya menarik minat orang ramai selain mengeratkan silaturrahim rakyat Sarawak.
"PETRONAS sebagai penaja emas Sarawak Regatta berasa bangga kerana dapat memberi sumbangan untuk menjayakan pesta air pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada Astro AWANI.
Sarawak Regatta: Simbol perpaduan masyarakat majmuk Bumi Kenyalang
Petronas menjadi penaja emas Sarawak Regatta 2023.
Petronas menjadi penaja emas Sarawak Regatta 2023.
Tambah Laga, selaku penaja emas, PETRONAS berharap Sarawak Regatta akan terus dianjurkan pada masa depan dan menarik penyertaan pasukan tempatan dan luar negara bagi menjadikan sukan ini lebih kompetitif.
“Ia merupakan sumbangan PETRONAS kepada negeri dan rakyat Sarawak, dan saya berasa amat berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk memainkan peranan menjayakan Sarawak Regatta pada tahun ini dan juga insya-Allah untuk tahun-tahun akan datang,” ujarnya.
Dimulakan pada tahun 1872, perlumbaan perahu itu kini dijadikan platform menyalurkan semangat daya saing dalam kalangan komuniti di Sarawak.
Orang ramai hadir menyaksikan Sarawak Regatta 2023.
Orang ramai hadir menyaksikan Sarawak Regatta 2023.
Topic Berkaitan
#Petronas
#Sarawak Regatta 2023
#penaja emas
#Mohamed Syazwan Abdullah
#Laga Jenggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan