AIDIL Sahrin Sahak menganggap faktor kepenatan lawan sebagai kelebihan yang minimal tatkala Bali United memiliki kredibiliti tersendiri berlandaskan barisan pemain yang dimiliki skuad bimbingan Stefano Cugurra itu.
Juara liga satu musim lalu itu berdepan dengan masalah kepenatan berikutan baru pulang daripada menjalani kempen pra-musim, tiga hari lalu.
Lazimnya, laungan dan sorakan penyokong Bali United itu sendiri di Stadium Kapten I Wayan Dipta pastinya akan menyemarakkan semangat mereka dalam pertembungan Kumpulan G.
Jika ia menjadi kegerunan sesetengah pasukan, Aidil Sahrin sebaliknya berasakan situasi itu lebih membakar semangat pemainnya.
"Pemain saya pernah mengharungi perlawanan yang dipenuhi penyokong baik di tempat sendiri dan lawan.
"Saya harap mereka dapat menikmati suasana perlawanan bola sepak di Bali.
"Mereka mempunyai pemain yang boleh ditukarkan, kami cuma perlu fokus kepada kekuatan sendiri dan ambil kesempatan apabila Bali kelesuan dalam babak kedua.
"Tetapi dalam bola sepak apa jua boleh berlaku. Pasukan yang beraksi baik dan berikan 100 peratus akan meraih hasilnya," kata pengendali Lang Merah itu dalam sidang media pra-perlawanan semalam.
Dalam masa sama, pertahanan Kedah Darul Aman, Akmal Zahir, pula tidak mengambil mudah kelebihan Bali di tempat sendiri.
Malah, pertahanan tengah yang baru dipancing itu sudah bersedia untuk mematahkan asakan lawan.
"Bali pasukan yang kuat dan pernah dua kali menjuarai Liga Indonesia.
"Kami telah buat analisis tentang kekuatan Bali dan harap dapat laksanakannya esok," katanya.
Astro Arena
Fri Jun 24 2022


Pascabanjir Baling | Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghantar misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan Selangor Volunteer (Serve) terlibat dalam misi tersebut yang dijalankan selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

AWANI Ringkas: Jumlah mangsa banjir akibat kepala air di Baling menurun ke 495
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: "Musnah harta benda boleh diterima, hilang nyawa sangat pilu" - Mangsa
Penduduk Kampung Iboi kecewa kerakusan manusia menjarah alam menyebabkan mereka menjadi mangsa.

Sekuriti Makanan | Langkah mempelbagaikan sumber import
Wajar untuk kerajaan mempelbagaikan sumber import makanan dalam mengukuhkan jaminan sekuriti makanan, kata Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prod Ida Idayu Muhamad.

Tahniah Tok Mat, berani bersuara - Rafizi
Keberanian Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pandangan beliau tentang Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB adalah sesuatu yang wajar mendapat pujian dan sokongan semua pihak.

Banjir Baling: ATM bina Jambatan Bailey - Hishammuddin
Angkatan Tentera Malaysia akan membina jambatan Bailey berikutan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling di Kedah roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air.

Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu
Mengikut pertuduhan, pasangan itu tahu 53 keping wang kertas RM100 yang dimiliki mereka adalah palsu.
![[TERKINI] Yasin terlepas hukuman gantung [TERKINI] Yasin terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976735/thumbnails/13069822491657084919101_640x360.jpg)
[TERKINI] Yasin terlepas hukuman gantung
Penyanyi nasyid popular, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu melepas tanpa membebaskan beliau daripada pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Majistret, Muhammad Iskandar Zainol membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat memohon mahkamah mengeluarkan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap Muhammad Yasin.

China di Asia Timur | Keamanan Asia Tenggara terikat kepada kestabilan
Rantau Asia Timur merangkumi China, Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan beberapa negara-negara lain disifatkan sebagai salah sebuah kawasan 'hotspot' konflik yang paling berisiko di dunia memandangkan wujudnya pertelingkahan China-Taiwan, China-Jepun dan Korea Selatan-Korea Utara. Namun, apa yang penting menurut Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Univesiti Malaysia Sabah, Prof Dr Lai Yew Meng, keamanan di Asia Tenggara secara amnya dan Malaysia secara khususnya terikat secara langsung kepada kestabilan dan keamanan Rantau Asia Timur.

AWANI Ringkas: Janin, tiga sekeluarga mangsa banjir dikebumi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Piala AFC: Lang Merah perlu ambil kesempatan kepenatan Bali United
Lazimnya, laungan sorakan penyokong itu sendiri di Stadium Kapten I Wayan Dipta pastinya akan menyemarakkan semangat mereka.