BALI UNITED 1 TERENGGANU FC 1
Terengganu FC bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Bali United 1-1 dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali malam tadi.
Pasukan bombingan Tomislav Steinbruckner itu berada dalam momentum terbaik selepas menewaskan kelab gergasi Australia, Central Coast Mariners, di Kuala Terengganu pada 20 September lalu tetapi mereka berdepan kesukaran beraksi di laman lawan dalam pertemuan kali ini.
Dan skuad Peteh itu ketinggalan dalam babak kedua apabila Bali United memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan Privat Mbarga, yang memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gawang susulan sepakan penjuru Mohammed Rashid, pada minit ke-54.
Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu menggandakan asakan ke kubu lawan dan usaha yang dilakukan mereka membuahkan hasil pada minit ke-84 apabila Syahmi Zamri bijak menghidu tandukan lintang Nor Hakim Hassan untuk menolak masuk gol penyamaan.
Keputusan itu menyaksikan Terengganu kekal menduduki tangga kedua Kumpulan G dengan empat mata dan hanya dibezakan jumlah jaringan dengan pendahulu, Bali United.
Sang Penyu seterusnya akan menghadapi kelab Filipina, Stallions FC, bagi aksi ketiga peringkat kumpulan di Kuala Terengganu pada 26 Oktober ini.
Astro Arena
Wed Oct 04 2023
Keputusan itu menyaksikan Terengganu kekal menduduki tangga kedua Kumpulan G dengan empat mata dan hanya dibezakan jumlah jaringan dengan Bali United. - Foto Astro ARENA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala AFC: Sabah tidak ambil mudah cabaran Macarthur
Ong Kim Swee menyedari cabaran menggerunkan daripada Macarthur yang masih belum pernah tewas dalam tujuh perperlawanan di Liga-A.
Liga Super: Terengganu FC naib juara, raih slot ke Piala AFC 2023
Kejayaan TFC itu memastikan mereka menutup kempen dengan 44 mata di belakang juara liga, JDT.
Kim Swee intai kelayakan automatik ke Bangkok
Malaysia perlu muncul juara kumpulan dengan mengatasi China, Filipina dan Laos untuk meraih slot automatik ke kejohanan di Bangkok.