awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF 2020: Indonesia ke final dengan penuh dramatik

Astro Arena
Astro Arena
25/12/2021
16:00 MYT
Piala AFF 2020: Indonesia ke final dengan penuh dramatik
Singapura selaku juara empat kali turun berbekalkan agregat 1-1 tetapi akhirnya terpaksa akur dengan keampuhan skuad muda Sang Garuda. - Gambar/ Astro ARENA
INDONESIA menghidupkan pencarian kejuaraan sulung Piala AFF apabila melangkah ke final buat kali keenam dengan penuh dramatik ketika mengalahkan tuan rumah, Singapura, 4-2, sebentar tadi.
Singapura selaku juara empat kali turun berbekalkan agregat 1-1 tetapi akhirnya terpaksa akur dengan keampuhan skuad muda Sang Garuda apabila mengakhiri aksi dengan lapan pemain dalam perlawanan separuh akhir edisi 2020.
Sang Garuda melangkah penuh yakin dalam aksi di Kallang itu dan mereka tidak perlu menunggu lama untuk di depan pada minit ke-11 melalui tolakan penyerang, Ezra Walian.
Kemudian, tindakan tidak wajar Safuwan Baharudin yang mengasari dada pemain lawan ketika pasukannya memiliki sepakan penjuru membawa padah apabila dilayangkan kad merah ketika dua minit memasuki masa kecederaan separuh masa pertama.
Namun, dua minit selepas insiden itu, Kota Singa kembali mengaum dengan gol penyamaan daripada pemain naturalisasi kelahiran Korea Selatan, Song Ui-young, mengimbangi kedudukan 1-1 sebelum menuju bilik persalinan.
Skuad bimbingan Tatsuma Yoshida itu bertambah pincang apabila pertahanan, Irfan Fandi, diperintah keluar padang pada minit ke-67 selepas cuba mengekang asakan bertali arus Indonesia.
Namun, sepakan percuma berbisa daripada Shahdan Sulaiman meletakkan Singapura 2-1 di depan, 16 minit menuju masa kecederaan.
Ia hanya menyemarakkan lagi semangat juang Indonesia menyuntik sebelum penyudah Pratama Arhan pada minit ke-87 mengikat kedudukan perlawanan.
Naib juara Kumpulan A itu seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila mensia-siakan sepakan penalti yang gagal disudahkan Faris Ramli.
Indonesia terus bertenaga dan hanya memerlukan minit pertama masa tambahan untuk kembali menerajui perlawanan berikutan kekalutan di depan pintu gol yang menyaksikan Shawal Anuar tertampan bola ke gawang sendiri.
Sebelum Egy Maulana Vikri melebarkan kelebihan mereka dengan sepakan penjuru untuk kedudukan 4-2.
Bagaimanapun, anak buah Shin Tae-yong itu belum juga mahu mengendurkan asakan mereka lalu mengakibatkan penjaga gol berpengalaman tuan rumah, Hassan Sunny, menjadi mangsa layangan kad merah seterusnya pada minit ke-119.
INDONESIA 4 SINGAPURA 2 (Indonesia mara dengan agregat 5-3)
Artikel asal disiarkan di Stadium Astro: Piala AFF 2020: Indonesia ke final dengan penuh dramatik
Topic Berkaitan
#Piala AFF
#Indonesia
#Singapura
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan