awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Filipina seri 0-0 menentang Thailand

Astro Arena
Astro Arena
07/12/2014
01:06 MYT
Piala AFF: Filipina seri 0-0 menentang Thailand
Penyerang Thailand Suttinun Phomhuk merebut bola bersama pemain Filipina Misagh Medina Bahadoran pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014. - Foto AFP/Jay Directo
Filipina gagal manfaat beraksi di laman sendiri bertemu Thailand selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014 berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.
Pertembungan antara Filipina dan Thailand cukup dinantikan, aksi sengit sejak sepak mula lagi.
Thailand pamer aksi lebih garang untuk mengucar kacirkan benteng Filipina cuma siri percubaan gagal membuahkan hasil.
Filipina juga tidak kurang hebatnya, hampir memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama melalui Phil Younghusband, namun rembatan nya di nafikan penjaga gol Thailand.
Keputusan kosong sama tidak berubah sehinga tamat babak pertama.
Bersambung babak kedua, Filipina mencongak strategi cuba melepasi benteng pelawat.
Ternyata Thailand terlalu ampuh buat skuad ‘The Azkals’.
Keadaan menjadi malang buat skuad Thailand apabila kehilangan penyerangnya, Adisak Kraisorn pada minit ke-68 selepas dia dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas pemain Filipina.
Namun kelebihan itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya Filipina untuk keputusan kekal kosong sama.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Piala Suzuki AFF
#seri
#tanpa jaringan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan