KUALA LUMPUR: Harga tiket bagi dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022 melibatkan skuad kebangsaan menentang Laos dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jali, akan diturunkan serendah RM30.
Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Jelas Hamidin, keputusan itu diambil selepas mengambil kira reaksi daripada pelbagai pihak terutama penyokong Harimau Malaya.
"Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, kini diturunkan ke RM30, tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50.
"Tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60, manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5," jelasnya.
Tambah Hamidin, peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 jika dibandingkan dengan edisi 2018 terpaksa dibuat oleh pihaknya berikutan peningkatan kos-kos berkaitan termasuk pengurusan dan penganjuran perlawanan.
Ujarnya, sebelum ini, FAM telah mengumumkan penurunan harga tiket asal, namun rata-rata penyokong masih mengharapkan penurunan harga yang lebih.
"Saya yang kini berada di Doha, Qatar terpanggil untuk meneliti semula perkara ini dan telah mengarahkan sekali lagi kepada Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Posa Haji Majais supaya mendapatkan juga solusi terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai di antara FAM dan penyokong.
"Selepas pelbagai pandangan, penelitian dan perincian dibuat, maka Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah bersetuju dengan cadangan saya supaya harga tiket berkenaan dikurangkan lagi bagi memastikan ia dapat diterima oleh semua penyokong," katanya lagi.
Sebagai Presiden FAM, ujarnya lagi, beliau perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan prestasi skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon terus meningkat dengan adanya sokongan padu penyokong pada setiap perlawanan.
Malah diharapkan kehadiran penyokong dapat digalakkan lagi menerusi kadar tiket yang diturunkan sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
"Bagaimanapun, FAM tidak dapat memberikan harga promosi kombo seperti yang pernah dibuat ketika Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun lalu kerana perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 hanya membabitkan dua perlawanan yang mana jaraknya agak jauh iaitu beza 10 hari bagi kedua-dua perlawanan, berbanding tiga perlawanan dalam tempoh selang tujuh hari pada Kelayakan Piala Asia 2023.
"Bagi penyokong yang telah pun membeli tiket berkenaan pada harga asal ataupun harga yang telah diturunkan semalam, proses pemulangan (refund) untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Ticket Hotline," katanya lagi.
Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Laos pada 24 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala 3 Januari pula menentang Singapura.
Fareez Azman
Wed Dec 14 2022

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata penurunan harga tiket perlawanan itu selepas mengambil kira reaksi penyokong Harimau Malaya.

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

PSM rancang pasang sistem VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penggunaan VAR dilengkapi minimum lapan kamera, disifatkan sesuai dengan standard SNBJ selaku stadium utama di Malaysia.

Bahang konsert BLACKPINK, 'Blinks' mula berpusu-pusu ke Stadium Nasional Bukit Jalil
Tinjauan Astro AWANI mendapati peminat BLACKPINK atau 'Blinks' sudah berada di venue konsert berkenaan seawal jam 10 pagi tadi.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Siti Nurhaliza dapat 'standing ovation' nyanyi lagu Tamil di konsert AR Rahman
Rata-rata masih tidak boleh melupakan malam penuh bermakna itu selain membicarakan tentang kehebatan Siti Nurhaliza sewaktu menyampaikan lagu ciptaan AR Rahman itu.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Piala AFF 2022: Sejam sebelum sepak mula Malaysia lawan Thailand, hujan mula mencurah
Sejam sebelum perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dengan Thailand, cuaca mulai hujan.

Aura Bukit Jalil 'lain macam' - Penganalisis
Stadium dengan kapasiti 80,000 penonton itu dilihat sebagai venue yang 'menakutkan' ekoran sorakan puluhan ribu penyokong.

Piala AFF: Thailand lega Bukit Jalil tak penuh
Thailand lega apabila Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan mencapai kapasiti penuh 80,000 penyokong Harimau Malaya pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 pada Sabtu ini.

Piala AFF: Kecewa tak dapat tiket, Instagram Jay Chou jadi sasaran
Ruangan komen Instagram penyanyi terkenal Jay Chou 'diserang' netizen gara-gara proses pemasangan pentas konsertnya yang menganggu ruang tempat duduk stadium.

Tunku Ismail tinjau skuad Harimau Malaya berlatih
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meninjau sesi latihan pasukan negara di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya petang ini.