awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Harimau Malaya mudah 'ratah' Laos 5-0

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/12/2022
14:30 MYT
Piala AFF: Harimau Malaya mudah 'ratah' Laos 5-0
Sergio Aguero membuka tirai jaringan pasukan kebangsaan selepas menyudahkan hantaran lintang Nor Hakim Hassan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 apabila mudah menumpaskan Laos dengan keputusan lima gol tanpa balas.
Meskipun mengawal sepenuhnya perlawanan, jaringan hanya terhasil pada minit ke-29 apabila penyerang, Sergio Aguero membuka tirai jaringan pasukan kebangsaan selepas menyudahkan hantaran lintang Nor Hakim Hassan.
Malaysia terus berusaha menambah jaringan namun hanya berjaya menambah gol pada separuh masa kedua selepas penyerang lincah, Mohamad Faisal Halim melakukan tandukan menarik mengelirukan penjaga gol lawan pada minit ke-65.
Pemain bertubuh kecil itu sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan Laos apabila sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-68, juga menerusi tandukan.
Tiga gol di hadapan, Malaysia terus bernafsu memburu gol dan serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh gol keempat pada minit ke-78.
Kali ini, penyerang muda berusia 19 tahun, Hakimi Azim pula mencetak nama selaku penjaring selepas melakukan ‘half-volley’ menarik dari dalam kotak penalti.
Pemain muda itu sekali lagi bertindak cemerlang apabila bola lorongannya disudahkan Stuart Wilkin yang melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang menggegar jaring Laos pada minit ke-87.
Selepas gol tersebut, Malaysia mula mengendurkan asakan dan pasukan lawan dua kali cuba menguji penjaga gawang negara, Rahadiazli Rahalim namun cubaan mereka tersasar.
Kemenangan besar itu pastinya menjadi tonik berharga buat pasukan negara yang akan berdepan Vietnam di tempat lawan pada 27 Disember nanti.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Piala AFF 2022
#Malaysia
#laos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan