awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia B-17: Skuad negara mula langkah kiri, tewas 0-4 kepada Yemen

Bernama
Bernama
15/06/2023
21:00 MYT
Piala Asia B-17: Skuad negara mula langkah kiri, tewas 0-4 kepada Yemen
Antara aksi menarik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A bola sepak Piala Asia B-17 antara Malaysia dan Yemen di Stadium Thammasat, Bangkok, 15 Jun 2023. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Skuad remaja kebangsaan memulakan kempen kejohanan bola sepak Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) dengan langkah kiri apabila tewas 0-4 kepada Yemen semalam.
Pada aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Thammasat, Bangkok itu, skuad kendalian Osmera Omaro terpaksa akur dengan keampuhan pasukan lawan yang terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Abdulrahman Al Khader Abdulnabi pada minit ke-21.
Selang 10 minit kemudian, Yemen terus angkuh mengawal perlawanan sekali gus berhasil menambah jaringan kedua menerusi Adel Abbas Qasem sebelum tamat separuh masa pertama.
Babak kedua perlawanan, Yemen tidak menunggu lama untuk memburu gol selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Anwar Hussein Abdullah Al Turaiqi pada minit ke-48.
Skuad negara terus dihukum selepas hantaran leret Ali Al Hanbasi di kawasan kotak penalti, tertampan kaki pemain negara, Adib Ibrahim sekali gus menghasilkan gol keempat berbaki dua minit sebelum memasuki masa kecederaan.
Malaysia akan mengharungi aksi kedua kumpulan berdepan tuan rumah, Thailand di Stadium Pathum Thani, Ahad ini sebelum perlawanan terakhir menentang Laos di Stadium Thammasat pada 21 Jun ini.
Jika layak ke peringkat lapan terbaik, lawan yang dijangka menanti adalah tiga pasukan terkuat benua ini dari Kumpulan B iaitu Korea Selatan, Qatar atau Iran, dengan Afghanistan melengkapkan kumpulan itu.
Malaysia bakal mengharungi saingan Piala Asia B-17 bagi merebut empat tiket automatik ke kejohanan Piala Dunia B-17 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Asia B-17
#Yemen
#Thailand
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan