awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Malaysia tewas di tangan Bahrain

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2024
16:35 MYT
Piala Asia: Malaysia tewas di tangan Bahrain
Malaysia berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada 90 minit masa permainan. - Foto FB/AFC Asian Cup
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kekalahan kedua dalam saingan peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 selepas tewas 0 - 1 di tangan Bahrain, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia menduduki tempat terbawah dalam kumpulan tanpa sebarang mata, dengan baki satu perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad itu, Malaysia memberi saingan sengit dan berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada 90 minit masa permainan.
Memasuki minit kelima masa tambahan, Bahrain mendapat sepakan sudut yang kemudiannya menghasilkan gol menerusi sepakan Ali Madan.
Dalam perlawanan pertama pada 15 Januari lalu, Malaysia tewas 0 - 4 kepada Jordan.
Untuk rekod, ini merupakan kali keempat Malaysia tewas kepada Bahrain sejak 2013.
Bahrain yang dibimbing Juan Antonio Pizzi menghuni ranking ke-86 dunia, manakala Malaysia di tangga ke-130.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Piala Asia
#Bahrain
#Malaysia
#harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan