awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan Rahmah MADANI lebih kerap mudahkan rakyat beli barangan keperluan asas
Pemenang harap KPM tubuh Suruhanjaya Khas Pendidikan Negara atasi masalah buli
Selepas United dan Leverkusen, Erik ten Hag kembali ke FC Twente
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia 2022: Australia sedia ganti Qatar

Agensi
Agensi
02/06/2014
10:56 MYT
Piala Dunia 2022: Australia sedia ganti Qatar
Akhbar Britain, The Sunday Times mendedahkan Qatar menggunakan dana sehingga lebih RM15 juta untuk menyuap pegawai FIFA. Foto David Gallop
Australia bersedia untuk jadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2022 sekiranya undian dibuka semula susulan dakwaan baru wujudnya rasuah dalam pemilihan Qatar sebagai tuan rumah.
Ketua Eksekutif Kesatuan Bola Sepak Australia, David Gallop berkata negara tidak teragak-agak untuk menghantar pencalonan semula.
"Ini satu perkembangan yang serius, satu dakwaan serius dan kita sedang melihat apakah bentuk reaksi yang akan diberikan," katanya kepada sebuah radio di Melbourne.
Akhbar Britain, The Sunday Times mendedahkan Qatar menggunakan dana sehingga lebih RM15 juta untuk menyuap pegawai kanan Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyokong bidaannya empat tahun lalu.
Australia tersingkir dalam pemilihan pusingan pertama selepas hanya mendapat satu undi. Qatar kemudiannya terpilih mengetepikan Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.
Akhbar The Australian melaporkan Persatuan Bolasepak Australia menimbang serius kemungkinan menawarkan diri semula untuk jadi tuan rumah kejohanan berprestij itu biarpun berdepan kritikan ia membelanjakan sehingga RM130 juta dalam percubaan pada 2010 itu.
"Kami memantau siasatan FIFA sejak beberapa bulan lalu dan sangat berminat untuk memberi respons. Pada peringkat ini, kami hanya boleh terus menggalakkan proses yang menyeluruh yang akan mendedahkan apa yang berlaku dengan sewajarnya," kata jurucakap FFA seperti dipetik oleh akhbar itu.
Naib Presiden FIFA, Jim Boyce berkata badan itu harus menimbang membuka semula bidaan untuk Piala Dunia 2022 sekiranya dakwaan terhadap Qatar itu terbukti benar.
Selain proses bidaan tuan rumah Piala Dunia 2022, FIFA juga menyiasat proses bidaan tuan rumah Piala Dunia 2018 yang diberikan kepada Rusia.
Gesaan sama dibuat oleh pengerusi Persatuan Bolasepak England, Greg Dyke yang sejak awal meragui kemampuan Qatar menjadi penganjur Piala Dunia 2022.
"Banyak orang yang terperanjat apabila Qatar menang dan menang mudah kerana Qatar tidak ada tradisi bola sepak," katanya seperti dipetik oleh Sky Sports.
"Ia negara kecil — adakah ia perlukan lapan stadium bola sepak?"
Beliau juga membangkitkan keadaan cuaca panas di Qatar yang akan menimbulkan kesukaran kepada banyak pasukan. Isu ini juga dibangkitkan oleh banyak pihak.
Akhbar The Sunday Times mendakwa ia mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana bekas Presiden Persekutuan Bolasepak Asia, Mohamed Hammam menabur wang kepada ahli jawatankuasa pemilih.
Dia dikatakan menerbangkan 25 delegasi dari Afrika ke Kuala Lumpur untuk membincangkan bidaan Qatar itu. Dia juga dituduh menyerahkan wang tunai sebanyak lebih RM600,000.
Mohamed digantung seumur hidup oleh FIFA pada 2011 selepas terbukti merasuah pegawai badan itu untuk mendapatkan undi dalam pemilihan presiden FIFA. -- Agensi
Topic Berkaitan
#Australia
#bola sepak
#David Gallop
#FIFA
#Jim Boyce
#Piala Dunia
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan