awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Kelab: Insiden pergaduhan Chelsea-PSG lebih panas daripada suhu perlawanan

Astro Arena
Astro Arena
14/07/2025
01:30 MYT
Piala Dunia Kelab: Insiden pergaduhan Chelsea-PSG lebih panas daripada suhu perlawanan
Belum ada pengesahan rasmi tentang apakah yang berlaku sebenarnya selepas tamat permainan antara PSG dan Chelsea pada Ahad, walaupun terdapat dakwaan provokasi daripada salah seorang pemain. - Foto Astro ARENA
SUHU perlawanan merekodkan bacaan tinggi mencecah 30 darjah Celsius dalam pertembungan akhir Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Namun, apa yang paling panas ialah berlaku insiden pergaduhan melibatkan kedua-dua pasukan, Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG) usai tamat permainan, tetapi tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
Belum ada pengesahan rasmi tentang apakah yang berlaku sebenarnya, walaupun terdapat dakwaan provokasi daripada salah seorang pemain.
Dalam edisi kali ini, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berjaya merangkul kejuaraan menewaskan johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu sambil disaksikan hampir 80,000 penyokong.
WHAT HAPPENED BETWEEN LUIS ENRIQUE & JOAO PEDRO FROM DIFFERENT ANGLE pic.twitter.com/QUcPlG0B75
— KinG £ (@xKGx__) July 13, 2025
Meskipun mendominasi keseluruhan permainan, namun PSG tidak mampu melakar kebangkitan dan terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara walaupun hampir melengkapkan mahkota kegemilangan musim ini.
Sejak memegang jawatan ketua jurulatih, ini adalah kejuaraan Eropah kedua buat Enzo Maresca bersama Chelsea selepas turut menjuarai Liga Persidangan Eropah (UECL) di Poland, sebelum ini.
Dua jaringan pemain kebangsaan England, Cole Palmer, dan bintang terbaharu dari Brighton and Hove Albion, Joao Pedro, menjadi watak utama The Blues menoktahkan kemenangan untuk meraih kejayaan sulung di pentas berprestj itu.
Topic Berkaitan
#PSG
#Chelsea
#pergaduhan
#Piala Dunia Kelab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan