awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Kelab: Manchester City belasah Al Ain, layak ke pusingan 16

Bernama
Bernama
23/06/2025
06:35 MYT
Piala Dunia Kelab: Manchester City belasah Al Ain, layak ke pusingan 16
Claudio Echeverri meraikan menjaringkan gol kedua Manchester City. - Gambar/ Reuters
ATLANTA: Ilkay Gundogan menjaringkan dua gol ketika Manchester City membelasah Al Ain 6-0 untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia Kelab.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu terlalu kuat untuk pasukan dari Abu Dhabi itu dalam aksi yang berlangsung di Stadium Mercedes-Benz serba moden dengan bumbung tertutup di Atlanta, lapor PA Media/dpa.
City tidak menunggu lama untuk membuka akaun gol menerusi percubaan lambung Gundogan yang menewaskan penjaga gol Al Ain selepas lapan minit.
Pemain remaja Claudio Echeverri menandakan penampilan pertama bersama City dengan menyumbat gol kedua menerusi sepakan percuma manakala Erling Haaland menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat separuh masa menerusi sepakan penalti.
Gundogan menambah gol keempat selepas menyempurnakan gerakan cantik pada minit ke-73 sebelum pemain gantian Oscar Bobb dan Rayan Cherki menambah dua lagi gol di penghujung perlawanan untuk memastikan City dan Juventus mara dari Kumpulan G.
Kedua-dua pasukan akan bertemu di Orlando pada Khamis bagi menentukan juara kumpulan, dengan Real Madrid mungkin menanti di pusingan kalah mati pertama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Kelab
#Manchester City
#Al Ain
#pusingan kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan