awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia kuat kuasakan sepenuhnya VEP kenderaan Singapura mulai esok
MALAYSIA
Tren pertama RTS Link hubungkan Johor Bahru dan Singapura diperkenal
DUNIA
Israel ugut kepimpinan Iran pada hari pertama serangan - Penasihat tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Piala Dunia Kelab: PSG bantai kelab Messi 4-0, Inter Miami ucap selamat tinggal

Astro Arena
Astro Arena
30/06/2025
01:20 MYT
Piala Dunia Kelab: PSG bantai kelab Messi 4-0, Inter Miami ucap selamat tinggal
Messi (kiri) dan Neves berebut bola ketika perlawanan Piala Dunia Kelab pusingan 16 antara PSG dan Inter Miami di Atlanta, 29 Jun 2025. (Foto AP)
JUARA Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Paris Saint-Germain (PSG), mudah menumpaskan Inter Miami yang diketuai pemain terbaik dunia, Lionel Messi, dalam perlawanan pusingan 16 Piala Dunia Kelab, awal pagi tadi.
Bekas bintang Barcelona itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan berprestij itu apabila gagal membawa pasukannya mara ke suku akhir.
Seperti nostalgia, penyerang Argentina itu bertemu semula bekas majikannya, PSG, namun dalam keadaan mengecewakan dan terpaksa menerima hakikat tewas kepada jaguh Perancis itu.
Kemenangan 4-0 juara Ligue 1 itu dihasilkan menerusi separuh masa pertama dan Inter Miami tidak mampu melakar kebangkitan.
Keunggulan PSG jelas bermula sejak daripada awal permainan. Larian dari Khvicha Kvaratskhelia merencatkan sistem pertahanan Miami menyebabkan kucar-kacir untuk mengawal kelibat pemain itu.
Sepakan percuma oleh Vitor Machado Ferreira atau lebih dikenali sebagai Vitinha, sekali gus memberikan jaringan pertama oleh Joao Neves pada minit keenam yang menanduk masuk dengan mudah.
A #FIFACWC clash at Mercedes-Benz Stadium for @PSG_inside and @FCBayern
— FIFA Club World Cup (@FIFACWC) June 29, 2025
PSG enggan selesa, sebaliknya Neves menjaringkan gol kedua sebelum pertahanan Miami, Tomas Aviles, menyumbat masuk gol sendiri untuk kedudukan 3-0.
Kemudian, giliran tonggak Maghribi pula, Achraf Hakimi, menyempurnakan kecemerlangan skuad kendalian Luis Enrique untuk pasukan itu mara ke suku akhir.
Selepas ini, mereka akan bertemu juara Bundesliga, Bayern Munich, untuk memburu slot ke separuh akhir.
Topic Berkaitan
#PSG
#Piala Dunia Kelab
#Inter Miami
#Lionel Messi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami