awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Kelab: PSG hancurkan Real Madrid, tempah tiket final menentang Chelsea

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
09/07/2025
23:00 MYT
Piala Dunia Kelab: PSG hancurkan Real Madrid, tempah tiket final menentang Chelsea
PSG pamer aksi luar biasa di Stadium MetLife apabila membelasah Real Madrid 4-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab pada Rabu. - Foto FIFA Club World Cup
PARIS Saint-Germain (PSG) mempamerkan aksi luar biasa di Stadium MetLife pada Rabu apabila membelasah Real Madrid 4-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA, sekali gus mengesahkan kemaraan ke final menentang Chelsea, Ahad ini.
PSG bermula dengan garang dan menguasai permainan sepenuhnya dalam 24 minit pertama.
Gol pembukaan hadir seawal minit ke-6 hasil kesilapan besar pertahanan Real, Raul Asencio, yang melakukan hantaran ke belakang yang lemah.
Ousmane Dembele bijak mencuri bola sebelum dijatuhkan oleh penjaga gol Thibaut Courtois. Namun, pengadil membenarkan permainan diteruskan dan Fabian Ruiz dengan mudah menolak bola ke gawang terbuka.
Tiga minit kemudian, satu lagi kesilapan barisan pertahanan Real Madrid dihukum.
Sepakan kurang kemas Antonio Rudiger dimanfaatkan Dembele yang meluru ke dalam kotak penalti sebelum tenang menewaskan Courtois untuk gol kedua PSG.
Serangan bertali arus diteruskan PSG dan mereka menambah gol ketiga pada minit ke-24.
Dembele sekali lagi menjadi pemangkin dengan gerakan satu-dua menarik bersama Achraf Hakimi sebelum melakukan hantaran lintang yang disempurnakan Fabian Ruiz untuk jaringan keduanya malam itu.
Real Madrid, yang turun tanpa Trent Alexander-Arnold akibat kecederaan, kelihatan buntu di semua posisi.
Jude Bellingham dan Arda Guler gagal mencipta sebarang impak manakala barisan serangan pula tumpul tanpa ancaman yang benar-benar menguji Gianluigi Donnarumma.
Malah, ketika perlawanan hampir tamat, PSG menambah satu lagi gol menerusi serangan balas pantas yang disudahkan oleh Goncalo Ramos, melengkapkan malam malang Real Madrid.
Kemenangan besar ini membuktikan kesungguhan PSG di bawah kendalian Luis Enrique untuk menjulang kejuaraan Piala Dunia Kelab pertama dalam sejarah kelab.
Mereka bakal berdepan cabaran getir menentang Chelsea dalam perlawanan akhir yang dijangka penuh dramatik pada Ahad ini.
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#PSG
#Chelsea
#Piala Dunia Kelab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan