awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: England laung amaran awal

Astro Arena
Astro Arena
21/11/2022
16:23 MYT
Piala Dunia Qatar: England laung amaran awal
Saka mula menyeksa lawan menerusi rembatan voli untuk membantu skuad kendalian Gareth Southgate itu mendahului 3-0 dalam separuh masa pertama. - Gambar/ Stadium Astro
ENGLAND 6 IRAN 2
BUKAYO Saka menyumbat dua gol ketika England memulakan kempen Piala Dunia di Qatar dengan membelasah Iran 6-2 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.
Saka -– yang gagal penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Euro 2020 tahun lalu -– mula menyeksa lawan menerusi rembatan voli untuk membantu skuad kendalian Gareth Southgate itu mendahului 3-0 dalam separuh masa pertama sebelum dia mengukuhkan kedudukan mereka selepas rehat.
Malang berganda buat Iran selepas penjaga gol, Alireza Beyranvand, terpaksa digantikan akibat kecederaan di kepala.
Jude Bellingham menggunakan situasi itu untuk merakamkan jaringan pertamanya di peringkat antarabangsa, manakala Raheem Sterling melakar gol ketiga buat The Three Lions.
Dan selepas beberapa minit jaringan kedua Saka, Mehdi Taremi menafikan rekod bersih England dengan penyudah deras untuk cuba menyalakan semula harapan mereka.
Tetapi pemain gantian, Marcus Rashford dan Jack Grealish, bertindak balas untuk England melontarkan amaran awal kepada seteru Kumpulan B yang lain walaupun Taremi menjaringkan gol kedua gergasi Asia itu daripada sepakan penalti dalam penghentian masa. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Qatar
#England
#Iran
#Piala Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan