awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Maradona sudah tentu sedang 'tersenyum' - Pele

Astro Arena
Astro Arena
18/12/2022
23:45 MYT
Piala Dunia Qatar: Maradona sudah tentu sedang 'tersenyum' - Pele
Maradona meninggal dunia pada November 2020 pada usia 60 tahun. - REUTERS
LEGENDA Brazil, Pele, menghantar ucapan tahniah kepada Argentina selepas kemenangan menakjubkan di Piala Dunia Qatar, menyifatkan Lionel Messi telah melengkapkan takdirnya untuk bergelar juara dunia.
Pele, yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, telah memberi perhatian kepada acara di Qatar 2022 dan berkata kemenangan trofi Argentina akan menggembirakan mendiang Diego Maradona.
Detik penting buat Messi yang berusia 35 tahun bermakna dia akhirnya memenangi Piala Dunia, menyamai rakan senegara, Maradona, yang menjadi pendorong di belakang kemenangan Argentina pada Mexico 1986.
Maradona meninggal dunia pada November 2020 pada usia 60 tahun.
"Tahniah Argentina! Pasti Diego sedang tersenyum sekarang," kata Pele di Instagram.
Terdapat simpati daripada Pele yang berusia 82 tahun untuk Kylian Mbappe, yang meratapi kekalahan pasukan walaupun menjaringkan dua sepakan penalti dan satu percubaan voli yang menakjubkan untuk melengkapkan hatrik kedua dalam perlawanan akhir Piala Dunia, selepas Geoff Hurst pada 1966 untuk England ketika menentang Jerman Barat.
Argentina menjulang trofi selepas perlawanan beraksi seri 3-3 selepas tamat 120 minit tempoh permainan, dan memenangi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas percubaan meliar daripada Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni.
2 - Only two players have both scored 5+ goals and created 20+ chances in a #FIFAWorldCup tournament (since 1966): Diego Maradona in 1986 Lionel Messi in 2022 Mythical. pic.twitter.com/c3x8IEqcvd
— OptaJoe (@OptaJoe) December 18, 2022
Messi menjaringkan dua gol sebelum dia dan rakan sepasukan Paris Saint-Germain, Mbappe menyempurnakan sepakan penalti pada awal penentuan sepakan itu.
Bola Emas, untuk pemain terbaik kejohanan, menjadi milik Messi buat kali kedua, manakala Mbappe menamatkan sebagai penjaring terbanyak dengan lapan gol, memperoleh Kasut Emas.
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Maradona
#Pele
#Piala Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan