awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Messi hanya manusia, boleh gagal sepak penalti - Penjaga gol Belanda

Astro Arena
Astro Arena
08/12/2022
04:47 MYT
Piala Dunia Qatar: Messi hanya manusia, boleh gagal sepak penalti - Penjaga gol Belanda
Noppert bersedia menyahut cabaran itu seandainya aksi awal pagi Sabtu ini terpaksa diheret lebih panjang dan Messi akan mengambil sepakan penalti buat Argentina. - Stadium Astro
Lionel Messi hanya manusia dan boleh gagal dalam sepakan penalti, kata penjaga gol Belanda, Andries Noppert, menjelang pertemuan pasukannya dengan Argentina dalam suku akhir Piala Dunia Qatar awal pagi Sabtu ini.
Menerusi penampilan kelimanya dalam Piala Dunia, Messi telah menjaringkan tiga gol di Qatar untuk membantu pasukannya layak ke suku akhir, sekali gus menghimpunkan 94 jaringan di pentas antarabangsa.
Messi menyempurnakan 21 daripada 26 sepakan penalti sepanjang kariernya bersama Argentina, di mana salah satu daripada kegagalan berkenaan adalah ketika pasukannya menewaskan Poland 2-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Qatar walaupun dia menjaringkan gol daripada sepakan sama ketika La Albiceleste tewas mengejut 1-2 kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan.
Dengan Sepanyol dan Jepun tersingkir selepas penentuan sepakan penalti dalam pusingan 16, Noppert bersedia menyahut cabaran itu seandainya aksi awal pagi Sabtu ini terpaksa diheret lebih panjang dan Messi akan mengambil sepakan penalti buat Argentina.
"Dia sama seperti kita, dia hanya manusia," kata Noppert kepada wartawan.
"Ia tentang momen ketika itu. Dia juga boleh gagal dan kita sudah melihatnya pada awal kejohanan ini," katanya.
Sebagai rekod, Noppert merupakan pemain kedua dalam sejarah Oranje melakukan penampilan kebangsaan pertama dalam Piala Dunia ketika Belanda membuka kempen di Qatar dengan kemenangan 2-0 ke atas Senegal. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#Lionel Messi
#Andries Noppert
#Belanda
#Piala Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan