awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Pepe kenang sumbangan Cristiano Ronaldo

Astro Arena
Astro Arena
12/12/2022
04:12 MYT
Piala Dunia Qatar: Pepe kenang sumbangan Cristiano Ronaldo
Ronaldo (kiri) diketepikan dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih, Fernando Santos, untuk perlawanan kedua berturut-turut selepas reaksi tidak berpuasnya apabila digantikan ketika menentang Korea Selatan. - Stadium Astro
PEPE berkata Cristiano Ronaldo dalam keadaan "baik" selepas reaksi emosinya terhadap kekalahan mengejut Portugal kepada Maghribi dalam suku akhir Piala Dunia di Qatar, kelmarin.
Ronaldo diketepikan dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih, Fernando Santos, untuk perlawanan kedua berturut-turut selepas reaksi tidak berpuasnya apabila digantikan ketika menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Youssef En-Nesyri melonjak tinggi untuk tandukan yang memberi Maghribi kemaraan dan walaupun kemasukan Ronaldo dalam babak kedua, Portugal buntu dalam memburu jaringan penyamaan untuk gagal mengelak daripada tersingkir.
Kekalahan itu membangkitkan emosi Ronaldo apabila pemilik lima Ballon d'Or lima tersebut menuju ke bilik persalinan teresak-esak sebelum dia menggunakan media sosial untuk akur bahawa "impian tertinggi" untuk memenangi Piala Dunia bersama Portugal sudah berakhir.
Ketika Ronaldo enggan membuat panggilan muktamad mengenai masa depan antarabangsanya, Pepe berasakan penyerang itu harus dihargai atas usahanya menyarung jersi juara Euro 2016 berkenaan dalam apa jua keputusannya.
"Ronaldo baik-baik saja," kata Pepe kepada pemberita sebaik tiba semula di Lisbon.
"Dia adalah bendera Portugis (lambang pasukan) kami. Dia telah mencapainya ke seluruh pelosok dunia.
"Dia mencurahkan sumbangannya apabila disenaraikan. Kami perlu berterima kasih kepadanya dan semua rakan sepasukannya yang melakukan yang terbaik untuk bersedia demi jurulatih." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#Cristiano Ronaldo
#Pepe
#Portugal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan