awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Sepanyol perlu sesuaikan diri selepas kekalahan mengejutkan

Astro Arena
Astro Arena
08/12/2022
02:20 MYT
Piala Dunia Qatar: Sepanyol perlu sesuaikan diri selepas kekalahan mengejutkan
Reaksi pemain Sepanyol selepas penentuan sepakan penalti ketika perlawanan Piala Dunia pusingan 16 antara Maghribi dan Sepanyol, di Education City Stadium, Al Rayyan, Qatar, 6 Dis 2022. - Gambar fail AP
MICHEL Salgado percaya pasukan muda Sepanyol bimbingan Luis Enrique perlu menyesuaikan diri selepas tersingkir secara mengejut daripada Piala Dunia Qatar 2022.
La Roja dikejutkan dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dengan Maghribi dalam perlawanan pusingan 16 awal pagi kelmarin, sekali gus memaksa pasukan pilihan itu mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan berkenaan.
Ia berlaku selepas mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku pasukan kedua terbaik di belakang Jepun berikutan kekalahan di tangan Samurai Biru dan ia memberikan bayangan bahawa beberapa pemain senior sudah perlu dilupakan La Roja.
Bagaimanapun, Sepanyol dalam edisi kali ini dibarisi rata-rata pemain muda yang ditunjangi Gavi, Pedri dan Ansu Fati, di mana bekas pertahanan negara itu, Salgado, percaya masih ada masa depan cerah buat skuad kebangsaannya.
"Jika kami mahu kembali memenanginya, kami perlu membuka lembaran baru dan memulakan sesuatu yang baru," katanya kepada Stats Perform.
"Saya fikir ia satu pasukan yang boleh melakukan sesuatu yang lebih besar dalam Piala Dunia yang akan datang.
4 - Spain have become the first nation in World Cup history to lose four penalty shootouts, while they've become just the second side to not score in one after Switzerland against Ukraine in 2006. Calamitous. #MARESP #WorldCup2022
— OptaJoe (@OptaJoe) December 6, 2022
"Ia satu pasukan dengan ramai pemain berbakat, tiada keraguan mengenainya.
"Saya percaya bahawa kegagalan kami adalah disebabkan keberuntungan. Sebaliknya, saya fikir kami perlu menjadi positif.
"Kami tidak akan mengubah identiti kami. Sepanyol sebuah negara yang diiktiraf berdasarkan penguasaan dan kawalan permainan. Apa yang perlu kami lakukan adalah menyesuaikan diri dengan cara moden.
"Saya fikir ia masanya untuk mengkaji bagaimana kami boleh lebih efektif dengan apa yang kami ada dan mencari sebuah pasukan yang boleh memenangi kembali Piala Dunia," katanya.
Topic Berkaitan
#Michel Salgado
#sepanyol
#Piala Dunia 2022
#Luis Enrique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan