awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala EFL: Pochettino tagih sokongan peminat Chelsea

Astro Arena
Astro Arena
01/11/2023
02:00 MYT
Piala EFL: Pochettino tagih sokongan peminat Chelsea
Pengurus Chelsea itu memahami kekecewaan penyokong sambil mencadangkan terdapat alasan di sebalik persembahan mereka yang tidak tekal. - Foto REUTERS
MAURICIO Pochettino menyeru penyokong Chelsea agar mempamerkan kepercayaan kepada barisan kendalian selepas kekalahan 0-2 kepada Brentford yang menyebabkan mereka erperosok di zon bawahan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Justeru, penyokong sendiri di Stamford Bridge sebaik permainan dengan The Bees, yang berakhir dengan kekalahan ketiga di laman sendiri, secara tidak langsung memberi tekanan kepada Pochettino.
Pengurus Chelsea itu memahami kekecewaan penyokong sambil mencadangkan terdapat alasan di sebalik persembahan mereka yang tidak tekal.
Bercakap menjelang pertembungan pusingan 16 Piala Liga Inggeris (EFL) melawan Blackburn awal pagi esok, Pochettino berkata: “Saya rasa mereka perlu berdiri teguh di belakang kami dan saya tahu sukar untuk menyembunyikan perasaan anda dan ini adalah lumrah.
“Peminat mahu menang dan kecewa dan mereka meluahkan emosi tetapi mesejnya adalah untuk menunjukkan kepercayaan mereka terhadap kami dan pastinya ia mengenai proses menaruh kepercayaan.
“Terdapat banyak perinciannya ats apa yang telah berlaku (yang menyumbang kepada prestasi buruk kelab London itu) dan anda sentiasa juga memerlukan nasib.
“Salah satu situasi yang berlaku ialah kecederaan Christopher Nkunku. Dia adalah pemain yang kami tandatangani dengan objektif untuk melengkapkan pasukan ini dan membantu meletakkan kami di kedudukan berbeza.
“Dalam beberapa perlawanan lalu, kami mencipta peluang dan tidak menjaringkan gol, kami tidak meraih keputusan yang sepatutnya. Saya rasa kami lebih layak jika bercakap tentang prestasi kerana kami perlu lebih agresif.
“Dalam perlawanan terakhir kami mencipta peluang dan persembahan kami lebih bagus daripada Brentford yang tidak banyak melakukan hantaran.
"Apa pun, ia belum mencukupi dan kami perlu mengkritik diri sendiri pada ketika ini." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mauricio Pochettino
#penyokong
#Chelsea
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan