Kelantan mempertahankan gelaran Piala FA selepas mengatasi Johor Darul Takzim (DT) 1-0 di perlawanan akhir.
Saingan edisi ke-23 di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berlangsung meriah dengan disaksikan hampir 90 ribu penyokong kedua-dua pasukan.
Selepas permulaan seimbang, Kelantan mula menekan ke kubu Johor DT.
Kebuntuan jaringan terlerai pada minit ke-16 apabila Norfarhan Mohamad menemui sentuhan.
Ia berpunca daripada lorongan bijak kapten The Red Warriors, Badhri Radzi.
Johor DT kemudian menukar strategi dengan memasukkan tonggak import, Leonel Nunez bagi menggantikan Safee Sali di bahagian serangan.
Nunez bagaimanapun gagal memberikan impak dan sebaliknya Kelantan terus garang.
Benteng Johor DT terpaksa bekerja keras menangani jentera serangan Kelantan yang diketuai Dickson Nwakaeme.
Masuk babak kedua, Johor DT tampil dengan aksi lebih kemas dalam usaha mendapatkan jaringan.
Namun tiada pertambahan jaringan dapat dihasilkan dan keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.
Sekaligus menghadirkan kegembiraan buat Kelantan yang sebelum ini kecewa gagal dalam perjuangan mempertahan gelaran Liga Super.
The Red Warriors menjadi pasukan ketiga yang memenangi kejuaraan ini dua kali berturut-turut selepas Kuala Lumpur dan Kedah.
Syamil Izwan Azizan
Sat Jun 29 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, nasib malang Selangor FC dilihat berganda selepas Faisal Halim 'direhatkan' dan didenda RM100,000 oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Romel Morales sertai JDT
Morales memakai jersi nombor 19, yang sebelum ini digunakan Akhyar Rashid.
TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab
Dalam status sama yang dimuat naik kira-kira jam 3.15 petang itu, beliau turut mendoakan yang terbaik untuk JDT dan semua.
Piala Malaysia 2021: Wilayah cuti Jumaat
Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan cuti pelepasan am bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat sempena meraikan kemenangan KL City pada piala akhir Piala Malaysia, malam tadi.
Pematuhan SOP penonton di Stadium Sultan Ibrahim jadi kayu ukur
Pada perlawanan malam tadi, Stadium Sultan Ibrahim menempatkan seramai 260 pihak berkuasa, termasuk marshall, bagi membantu proses berjalan lancar.
SOP stadium: Hari pertama stadium dibuka, hanya keterujaan mengiringi penyokong
Dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, penonton mula masuk ke stadium seawal jam 6 petang.
Polis selesai ambil keterangan Syafiq Ahmad
Syafiq hadir memberi keterangan di IPD Seberang Perai Selatan di Jawi, semalam.
PKPB: Anugerah hiburan bawah industri kreatif, dibenarkan berlangsung
Acara anugerah hiburan dijadualkan berlangsung pada Jumaat dibenarkan kerana tertakluk di bawah industri kreatif yang termasuk dalam senarai SOP yang boleh beroperasi ketika tempoh PKPB.
Safawi Rasid bakal bertembung pemain terkaya dunia, Faiq Jefri, malam ini?
Safawi Rasid sekali lagi bakal berdepan dengan bintang Brunei, Faiq Jefri Bolkiah untuk perlawanan Liga Primeira pada 10.30 malam Sabtu.
COVID-19: 1 kes Kluster Bukit Tiram dikesan di Selangor - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kes pertama Kluster Bukit Tiram di luar negeri Johor, membabitkan seorang warga asing, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.