EMMA Hayes berasakan Chelsea mempamerkan 'mentaliti juara' untuk menewaskan Arsenal 2-0 dalam Piala FA Wanita semalam.

Krisis dalam pasukan lelaki tidak terbukti menular, dengan pemain-pemain kendalian Hayes kekal di landasan untuk kemungkinan merangkul treble domestik dengan menempah tempat suku akhir.

Gol daripada Sophie Ingle pada minit ke-21 dan Sam Kerr pada minit ke-56, kedua-duanya terhasil dalam kawasan penalti, bermakna rampasan derby piala menjadi milik The Blues di Kingsmeadow.

Dalam Liga Super Wanita, Chelsea berada satu mata di belakang Manchester United tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan, manakala pasukan bimbingan Hayes akan menentang Arsenal lagi minggu depan dalam perlawanan akhir Piala WSL.

Kembali bertugas selepas rehat antarabangsa, Hayes gembira pemainnya yang dalam keletihan cukup untuk menamatkan harapan Piala FA buat Gunners.

Hayes memberitahu BBC Two, "Itulah mentaliti juara. Ia kurang kemas, banyak kesilapan teknikal, tetapi secara taktikal mereka melaksanakan semua yang saya minta daripada mereka.

"Terdapat dua pasukan yang bagus. Kedua-duanya akan mencipta peluang, dan kami lebih klinikal."