PRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail menyambut baik kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung kelonggaran kepada industri sukan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Selasa.
Selepas hasil usaha beberapa pihak hingga ke peringkat kementerian, PSM akhirnya mendapat lampu hijau untuk menganjurkan baki aksi Kejohanan Piala Juara-Juara Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2020.
Baki 13 perlawanan itu bakal berlangsung selama lima hari bermula 2 hingga 6 Mac depan dan beralih ke Iskandar Malaysia Studio, Johor Bahru, sambil mengekalkan format gelembung sukan -- pegawai serta pemain akan menetap di pusat kuarantin yang akan diputuskan badan induk berkenaan.
"Bagi membolehkan setiap pasukan membuat persiapan latihan dan persediaan bagi mencari kesefahaman, keserasian dan kombinasi regu masing-masing dan juga supaya pihak Astro boleh membuat persiapan-persiapan yang lebih rapi, maka PSM telah menetapkan akan menyambung semula Piala Juara-Juara STL 2020 pada 2 Mac 2021 hingga 6 Mac depan," menurutnya dalam satu kenyataan PSM pada Rabu.
Saingan di Stadium Titiwangsa sebelum kempen ditunda pada 13 Januari lalu turut menggunakan format sama dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Astro Arena
Wed Feb 10 2021
PSM mendapat lampu hijau untuk menganjurkan baki aksi Kejohanan Piala Juara-Juara Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2020. - Astro Arena
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, perkara itu berlaku disebabkan pertembungan ideologi yang berbeza antara banyak negara.
Misi Break the Siege of Gaza: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan berdasarkan situasi dan keadaan semasa.
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
21 negara sahkan slot untuk Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 18 hingga 26 Mei ini.
PSM umum empat pemain lengkapkan senarai skuad kebangsaan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan.
PSM akur ketetapan sistem kiraan 15 mata
Persatuan Sepaktakraw Malaysia akur dengan keputusan ISTAF berhubung penggunaan sistem kiraan 15 mata di semua kejohanan dan pertandingan.
Kemelut PSM temui sinar, Muthu kekal terajui POS
Kebanyakan persatuan negeri sudah kembali semula dan sedang menanti tarikh untuk mengadakan AGM bagi memilih exco baru.
PSM setuju pinda perlembagaan, tiada lagi undi angkat tangan
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebulat suara bersetuju untuk meminda dua perlembagaan.
Cadang had tempoh presiden sepak takraw
Zuraidin berkata pihaknya dalam usaha memperbaiki struktur pengurusan negara dan antara langkah proaktif yang diambil ialah mengusulkan had tempoh seseorang presiden itu berkhidmat.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
'Senarai jawatankuasa' persatuan baru sepak takraw tempatan cetus persoalan
Ia mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan bekas pemain kerana beberapa nama dilihat tidak relevan untuk berada dalam pucuk pimpinan baru itu.
PSS persatuan terbaru keluar PSM
PSS merupakan persatuan ketiga mengambil tindakan itu selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan dan Persatuan Sepak Takraw Johor.
ASTAF boleh gantung Presiden PSM 'Tok Mat' seumur hidup
Datuk Abdul Halim menjelaskan, Tok Mat tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan itu sehingga kes perbicaraannya selesai.