Pahang optimis untuk meraih gelaran juara Piala Malaysia walaupun pada masa sama mengakui Kelantan mempunyai kelebihan untuk mempertahankan gelaran juara buat kali ketiga selepas menjuarai kejohanan tersebut pada tahun 2010 dan 2012.
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menyifatkan Kelantan sebuah pasukan yang kuat kerana mempunyai barisan pemain tengah yang hebat walaupun mengalami sedikit kepincangan apabila pemain pertahanan skuad 'The Red Warriors', Obinna Nwaneri tidak turun ke Stadium Shah Alam pada aksi final setelah pemain berasal dari Nigeria itu digantung perlawanan.
"Walaupun Obinna Nwaneri tidak dapat beraksi di final, ia bukan satu alas an bagi Pahang untuk berada dalam keadaan selesa kerana mereka (Kelantan) mempunyai barisan pemain tengah yang cukup kuat dan tidak seharusnya dipandang rendah," katanya kepada pemberita ketika latihan akhir sebelum final Piala Malaysia di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
Dollah berkata pemain Kelantan seperti kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhammad dan Dickson Nwakaeme merupakan pemain penting dan banyak membantu pasukan Kelantan dan Pahang perlu sentiasa berhati-hati dengan pergerakan pemain tersebut.
Beliau berkata Pahang sudah pasti akan bermain bersungguh-sungguh dan tidak hanya bertahan sebaliknya akan menggunakan teknik permainan sesuai yang bakal memberi kelebihan kepadanya.
Dollah berkata sehingga kini adalah agak sukar untuknya memilih kesebelasan utama kerana semua pemain telah menunjukkan kesungguhan mereka sepanjang latihan.
"Saya harap mampu melakukan keputusan tepat dan saya yakin dengan kemampuan setiap pemain," katanya.
Beliau berharap sesiapa sahaja yang dipilih untuk turun menentang Kelantan mampu melakukan persembahan terbaik bagi memastikan Piala Malaysia menjadi milik Pahang.
Sementara itu, pemain tengah Kelantan, Mohd Nor Farhan berkata beliau dan rakan sepasukan yang lain telah bersedia sepenuhnya untuk beraksi esok.
"Semua pemain telah bersedia dan berada dalam keadaan fokus kepada perlawanan dan kami akan berusaha untuk cipta kemenangan esok," katanya.
Mohd Nor Farhan berkata beliau harap dapat menyumbangkan sekurang kurangnya satu gol untuk skuad 'The Red Warriors' esok dan sekiranya dapat menyumbah lebih, ia satu bonus buat dirinya.
Kedua-dua pasukan dari Pantai Timur, Pahang dan Kelantan akan beraksi di pentas final Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, malam ini.
Di atas kertas, Kelantan mempunyai kelebihan untuk memburu kejuaraan ketiga selepas meraih gelaran tersebut pada tahun 2010 dan 2012 manakala Pahang turut berpeluang meraih kejuaraan buat kali ketiga selepas 1983 dan 1992, seandainya bijak memanfaatkan ketiadaan pertahanan kental Kelantan, Obinna Nwaneri yang digantung perlawanan.
Bernama
Sat Nov 02 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).
Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Harimau Malaya tidak kecewa dan terus usaha.
Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam
Hujan yang berterusan hampir sejam itu menyaksikan sebahagian kawasan parkir kereta di stadium tersebut digenangi air.