awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman bantu siasatan rasuah
Bekas PM Korea Selatan Lee Hae-chan kritikal di Vietnam, jalani prosedur jantung selepas rebah
IWK perkenal CSR "Sahabat Istimewa IWK" untuk komuniti OKU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Raja Thailand: Pan Gon gugur Shahrul Saad

Bernama
Bernama
17/09/2022
12:56 MYT
Piala Raja Thailand: Pan Gon gugur Shahrul Saad
Pemain pertahanan kental Mohd Shahrul Saad terpaksa diketepikan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Piala Raja Thailand di Chiang Mai minggu depan, kerana isu kecergasan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan kental Mohd Shahrul Saad terpaksa diketepikan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Piala Raja Thailand di Chiang Mai minggu depan, kerana isu kecergasan.
Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon menerusi kenyataan dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
"Mohd Shahrul telah melaporkan diri bersama pemain lain semalam tetapi pemantauan oleh doktor dan pakar fisioterapi pasukan terhadap kondisi kesihatan sepanjang dua hari ini mendapati beliau tidak sempat untuk cergas sepenuhnya menjelang kedua-dua perlawanan di Chiang Mai itu nanti.
"Barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan yang sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain telah bersetuju untuk melepaskan Shahrul daripada kem latihan pusat kali ini supaya dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini," kata jurulatih dari Korea Selatan itu.
Pan Gon turut memaklumkan, tiada penambahan pemain baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mohd Shahrul.
Dengan ketiadaan Mohd Shahrul, baki 23 pemain lain meneruskan kem latihan pusat di Wisma FAM sementara seorang lagi tonggak pertahanan Dion Cools akan menyertai pasukan di Chiang Mai pada Isnin ini.
Pemenang kedua-dua perlawanan itu akan bertemu di final pada 25 Sept manakala pasukan kalah pula berentap merebut tempat ketiga.
Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Shahrul Saad
#pan gon
#skuad kebangsaan
#harimau Malaya
#kem latihan
#isu kecergasan
#piala raja thailand
#Chiang Mai
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan