KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon, mahu memanfaatkan Kejohanan Piala Raja Thailand sebagai persiapan menghadapi Piala AFF akhir tahun ini dan Piala Asia 2023, tahun depan.
Pan Gon berkata kejohanan empat negara di Chiang Mai itu akan memberi peluang kepada pasukannya untuk menimba pengalaman dan keyakinan menghadapi saingan serantau dalam Piala AFF dan kuasa besar benua dalam Piala Asia 2023.
"Kami akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kekuatan dan kemampuan setiap pemain dalam pasukan kita," katanya semasa sidang media praperlawanan menjelang pertembungan menentang Thailand di Chiang Mai, semalam.
Jurulatih dari Korea Selatan itu juga yakin bahawa muka baharu yang dipanggil untuk kejohanan itu, akan mempamerkan prestasi terbaik mereka untuk kekal dalam skuad.
"Memandangkan ini kali pertama saya berdepan Thailand, saya mahu mengekalkan momentum yang kami ada mulai Jun lalu dan akan cuba yang terbaik untuk kami mencapai satu lagi pencapaian," tambahnya.
Piala AFF akan berlangsung 20 Dis hingga 16 Jan depan manakala Piala Asia 2023 akan bermula 16 Jun hingga 16 Julai tahun depan.
Sementara itu, kapten Muhammad Syafiq Ahmad, berkata mereka akan mengambil peluang untuk menunjukkan keupayaan pasukan menentang Thailand, walaupun menyedari kebolehan teknikal pemain lawan.
"Kami mempunyai rekod prestasi yang baik tahun ini kerana layak ke Piala Asia, oleh itu kami perlu mengekalkan momentum ini untuk setiap perlawanan dan akan menunjukkan kebolehan kami dalam setiap perlawanan," katanya.
Pemenang kedua-dua perlawanan itu akan bertemu dalam peringkat final pada Ahad ini manakala pasukan yang kalah akan berentap untuk merebut tempat ketiga.
Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Pan Gon yakin muka baharu yang dipanggil untuk Kejohanan Piala Raja Thailand akan mempamerkan prestasi terbaik mereka untuk kekal dalam skuad. - Facebook Football Association of Malaysia
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.