KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann percaya pasukan negara mampu memberikan cabaran sengit, khususnya dalam menghadapi Jepun dan England pada Piala Sudirman 2021 bermula 26 Sept hingga 3 Okt ini di Vantaa, Finland.
Malaysia, yang merupakan pilihan kelapan, berdepan saingan hebat apabila diundi dalam Kumpulan D bersama naib juara 2019 Jepun selain England dan Mesir, dalam undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Melihat Jepun sebagai ancaman terbesar pasukan negara, beliau berkata persediaan bagi kejohanan tersebut, selain bagi Piala Thomas dan Uber, sudah pun dijalankan dan kini tiba masa untuk pihaknya menilai prestasi para pemain dan memutuskan senarai terakhir pasukan.
"Saya percaya dengan persediaan yang dilakukan, namun, (saya) lebih mengambil berat dalam menentang pasukan England, kami memang berpeluang untuk mengatasi pasukan itu tapi harus fokus dan berwaspada pada waktu yang sama.
"Bagi pasukan Mesir pula, peluang juga ada untuk mengatasi mereka dan dalam masa sama kami juga berpeluang untuk mengetengahkan pemain muda untuk berdepan mereka," katanya.
Sementara itu pemain perseorangan wanita Siti Nurshuhaini Azman dan Tan Zhing Yi mempamerkan prestasi cemerlang dan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan dalam Kejohanan Ranking Rmaja Dalaman.
Siti Nurshuhaini mengetepikan Ong Xin Yee 21-16, 19-21, 21-15, manakala Zhing Yi menewaskan Joanne May 21-14, 21-16, bagi meraih dua tempat teratas.
"Saya bermula dengan baik dan bermain dengan baik tapi dia (Xin Yee) boleh membaca permainan saya. Saya terpaksa bangkit semula pada set ketiga dan kekalkan corak permainan. Saya akan kekal fokus dan teruskan perjuangan untuk meraih tempat pertama dalam kejohanan ini," kata Siti Nurshuhaini.
Berikut adalah undian penuh Piala Sudirman 2021:
Kumpulan A: China, Thailand, Finland, India
Kumpulan B: Taiwan, Korea Selatan, Tahiti, Jerman
Kumpulan C: Indonesia, Denmark, Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC), Kanada
Kumpulan D: Jepun, Malaysia, England, Mesir
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021
Piala Sudirman 2021 bermula 26 Sept hingga 3 Okt ini di Vantaa, Finland. - Stadium Astro
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.