awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan

Astro Arena
Astro Arena
25/03/2023
10:11 MYT
Piala Sudirman: Malaysia berentap dengan Taiwan, India di peringkat kumpulan
Skuad negara menamatkan edisi di Vantaa pada 2021 di peringkat separuh akhir selepas tewas 1-3 kepada naib juara, Jepun. - Gambar Stadium Astro
Skuad badminton negara akan berdepan cabaran sengit Taiwan dan India dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada Mei depan.
Dalam majlis undian di venue tuan rumah itu sebentar tadi, Malaysia, yang merupakan pasukan pilihan ketiga bersama Indonesia, diundi untuk berada dalam Kumpulan C bersama Taiwan, India dan Australia.
Sebagai rekod, skuad negara menamatkan edisi di Vantaa pada 2021 di peringkat separuh akhir selepas tewas 1-3 kepada naib juara, Jepun - yang diundi dalam Kumpulan D bersama Korea Selatan, Perancis dan England.
Pasukan juara bertahan, China, pula berada dalam Kumpulan A bersama Denmark, Singapura dan Mesir.
Indonesia, dalam pada itu, kelihatan akan menjadi pasukan pilihan dalam saingan Kumpulan B selepas diundi bersama Thailand, Jerman dan Kanada.
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Piala Sudirman 2023
#pasukan pilihan
#naib juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan