KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui terharu dan teruja dengan kejayaan pasukan muda negara melakar kejutan terbesar apabila mara ke separuh akhir Piala Sudirman 2021.
Pasukan negara membenam musuh tradisi, Indonesia 3-2 pada saingan suku akhir, pada awal pagi Sabtu.
Ini merupakan kejayaan pertama Malaysia menundukkan Indonesia dalam Piala Sudiman selepas tiga pertemuan, sejak pertembungan pertama dalam peringkat kumpulan pada edisi 1999 di Copenhagen, Denmark, yang menyaksikan pasukan negara jiran itu menewaskan pasukan negara 4-1.
Kata Chong Wei, ini merupakan kali pertama Malaysia menewaskan Indonesia dalam pentas Piala Sudirman.
BACA: Piala Sudirman: Malaysia mara ke saingan separuh akhir
"Tahniah seharusnya diucapkan kepada barisan pemain yang tidak mengecewakan walaupun ranking setiap pihak lawan lebih tinggi.
"Berdebar and terbasah ketiak Chong Wei menonton. Zii Jia (Lee Zii Jia), Wooi Aik dan Aaron (Aaron Chia-Soh Wooi Yik) memang power (hebat). Tidak terkejar minions (Begeru Indonesia,Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo) melawan beregu kita.
"Zii Jia pula tak kasi chance langsung kepada Ginting (Persorangan lelaki Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting) yang tak pernah kalah kepada Zii Jia sebelum ini. Syabas!
"S Kisona (perseorangan wanita negara) pula hampir menewaskan Mariska (persorangan wanita Indonesia (Gregoria Mariska Tunjung), walaupun Mariska berada di 30 posisi di atas Kisona dalam ranking. Selamat hari jadi Kisona. Satu Malaysia sambut untuk kamu," katanya dalam muat naik di Facebook, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Chong Wei berkata, pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah hampir mengalahkan beregu emas Olimpik Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu.
"Masuk perlawanan keempat. Lawan pemenang Olimpik. Ingatkan senang senang kalah. Tapi tidak! Pearly-Thinaah hampir-hampir 'tapau' beregu emas Indonesia.
"Chong Wei suka tengok Thinaah and Pearly yang selalu bersenyum dan berkomunikasi di atas gelanggang. Percayalah, pasangan ini akan pergi jauh. Syabas!
"Akhir sekali, lawan beregu campuran ranking no 4 dunia. Ramai tidak kenal pun beregu campuran Malaysia ini. Tetapi Cheah Yee See dan Hoo Pang Ron menunjukkan Malaysia tidak lemah, Malaysia tidak akan kalah sewenang-wenangnya," ujarnya.
Chong Wei berkata, pasangan beregu campuran negara itu bagai dirasuk Harimau Malaya susulan dua pemain muda Malaysia itu menghadiahkan kemenangan ajaib untuk negara.
"Terharu juga apabila mata terakhir dikenal pastikan oleh mata helang.
"Tahniah team! Rehatlah! Sudah tapau ayam penyet, malam ini kita kasi tapau Bento!" kata Chong Wei.
Afiezy Azaman
Sat Oct 02 2021
Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui terharu dan teruja dengan kejayaan pasukan muda negara melakar kejutan terbesar apabila mara ke separuh akhir Piala Sudirman 2021. - Foto Instagram/@leechongweiofficial
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Patung lilin Lee Chong Wei di Madame Tussauds Singapura
Figura lilin bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dipamerkan di Madame Tussauds Singapura.
Piala Sudirman: Pasukan muda negara bagai dirasuk Harimau Malaya - Chong Wei
Tahniah seharusnya diucapkan kepada barisan pemain yang tidak mengecewakan walaupun ranking setiap pihak lawan lebih tinggi.
Chong Wei yakin Mohd Azizulhasni mampu raih emas di Paris
"Terima kasih kerana menyatukan kita (rakyat Malaysia)," demikian reaksi legenda badminton perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei.
Olimpik Tokyo: Zii Jia robek hati peminat Perancis, tewaskan Leverdez
Zii Jia menang bergaya dengan mata 21-17, 21-5, meskipun Leverdez dilihat mempamerkan aksi yang agak licik pada penghujung set pertama.
Olimpik Tokyo: 'Tiada siapa masuk gelanggang untuk kalah' - Chong Wei 'terasa' dengan kecaman netizen
Datuk Lee Chong Wei kecewa dengan komen netizen yang mengecam pemain badminton negara apabila mereka kalah di gelanggang.
"Perasaan saya bercampur baur semalam" - Chong Wei ucap selamat maju jaya pada atlet Olimpik negara
Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen negara ke Olimpik Tokyo semalam.
KKM, MKN sedia bantu atlet di Tokyo andai mereka positif COVID-19 - Ismail Sabri
Ismail Sabri menasihatkan atlet supaya tidak risau dan memberi persembahan terbaik bagi mengharumkan nama negara.
Chong Wei sah tidak ke Olimpik Tokyo - Reezal Merican
Lee Chong Wei tidak akan ke Jepun atas faktor kesihatan dan nasihat doktor yang tidak membenarkannya ke luar negara.
Selepas divaksinasi, Chong Wei ajak orang ramai mendaftar
Datuk Lee Chong Wei mengajak masyarakat mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi orang tersayang dan negara tercinta.
Lee Chong Wei sumbang 50 tablet untuk pelajar kurang berkemampuan
Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei bakal menyumbangkan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar kurang berkemampuan di Parlimen Bukit Mertajam.