awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sudirman: Skuad negara mungkin dirombak - Choong Hann

Bernama
Bernama
26/02/2023
02:50 MYT
Piala Sudirman: Skuad negara mungkin dirombak - Choong Hann
Choong Hann berpendapat pasukan negara belum benar-benar mantap untuk berada dalam ranking empat teratas dunia dan banyak yang perlu diteliti semula dan ditambah baik berdasarkan aksi di BAMTC. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Prestasi pemain badminton negara akan dinilai semula menerusi beberapa siri kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum senarai akhir pemain diputuskan bagi menghadapi Piala Sudirman, Mei ini.
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann tidak menolak kemungkinan beliau akan melakukan rombakan kepada skuad yang diturunkan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.
Pemenang pingat emas tiga kali Sukan Komanwel itu menjelaskan semua pemain akan diberi peluang sama rata tanpa mengira status mereka, bagi memastikan pemain yang benar-benar layak berada dalam pasukan kebangsaan.
"Memang bagus untuk naik ke ranking keempat dunia sekarang tetapi lebih penting untuk kami bersedia dari sekarang memandangkan kami telah meraih pengalaman bagaimana untuk menghadapi Piala Sudirman.. secara kasarnya pasukan sudah ada tetapi mungkin akan ada beberapa perubahan," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Beliau yang berpendapat pasukan negara belum benar-benar mantap untuk berada dalam ranking empat teratas dunia, berkata banyak perkara yang perlu diteliti semula dan ditambah baik berdasarkan aksi di BAMTC.
Ditanya sama ada perseorangan lelaki Ng Tze Yong akan beraksi pada Piala Sudirman, Choong Hann berkata pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu perlu sentiasa bersedia dan memastikan prestasinya pada tahap terbaik untuk membantu pasukan di kejohanan tersebut.
Pada kempen BAMTC di Dubai, Malaysia diwakili Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao bagi perseorangan lelaki; Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita); Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki); Pearly Tan-M. Thinaah dan Teoh Mei Xing-Go Pei Kee (beregu wanita) dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).
Pada kejohanan itu Malaysia menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 2-3 kepada China.
Piala Sudirman 2023 akan berlangsung di Suzhou, China dari 14 hingga 21 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Sudirman
#Wong Choong Hann
#rombak
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan