awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sultan Azlan Shah 2016 raih penajaan terbanyak RM2.13 juta

Bernama
Bernama
12/03/2016
15:01 MYT
Piala Sultan Azlan Shah 2016 raih penajaan terbanyak RM2.13 juta
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (tengah) berkenan menerima replika cek penajaan bernilai RM300,000 daripada Yayasan Sultan Azlan Shah untuk Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-25 hari ini. - Gambar Bernama
Penganjuran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah tahun ini, mendapat penajaan tertinggi sebanyak RM2.13 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Piala Sultan Azlan Shah, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff berkata Yayasan Sultan Azlan Shah menyumbang penajaan terbanyak melibatkan RM300,000.
"Penaja tahun lepas dan tahun ini adalah sama, cuma jumlah penajaan bertambah (berbanding RM1.7 juta tahun lepas)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek penajaan sempena kejohanan itu, yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sebuah hotel di sini hari ini.
Abd Rahim berkata bersempena edisi ke-25 kejohanan tersebut kali ini, penganjur akan mengadakan konvoi membawa Piala Sultan Azlan Shah dari Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur ke Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, pada 4 April.
Beliau turut menaruh harapan tinggi kepada pasukan negara untuk menjuarai piala tersebut kali ini, walaupun mengakui saingan pada tahun ini lebih sengit.
"...Malaysia tidak pernah menjulang Piala Sultan Azlan Shah. Kejohanan tahun ini juga menjadi tumpuan semua pasukan sebagai persediaan ke Sukan Olimpik di Brazil.
"Pemain daripada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan ini pasti mahu menggunakan peluang di sini untuk menarik perhatian jurulatih mereka supaya mendapat tempat beraksi di Sukan Olimpik Rio," kata Abd Rahim.
Sebanyak tujuh pasukan akan menyertai kejohanan itu yang akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh dari 6 hingga 16 April.
Pasukan tersebut adalah Malaysia, Australia, India, Jepun, Kanada, New Zealand dan Pakistan.
Untuk rekod, pasukan negara muncul naib juara sebanyak lima kali pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.
Australia muncul pasukan yang meraih kejuaraan terbanyak, iaitu lapan kali.
Pada edisi lepas, Australia gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas kepada New Zealand 1-3 dalam penentuan pukulan penalti.
Topic Berkaitan
#Abd Rahim Mohd Ariff
#Penganjuran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dapat tajaan tertinggi sebanyak RM2.13 juta
#Stadium Hoki Sultan Azlan Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan