awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas 2016: Wira Denmark anggap peluang 50-50 menentang Malaysia

Astro Arena
Astro Arena
20/05/2016
08:48 MYT
Piala Thomas 2016: Wira Denmark anggap peluang 50-50 menentang Malaysia
Hans-Kristian Vittinghus: "Bagi saya, ini satu perlawanan 50-50"
Perseorangan ketiga Denmark, Hans-Kristian Vittinghus, menganggap pasukannya memiliki peluang sama rata menentang Malaysia dalam perlawanan separuh akhir Piala Thomas hari ini.
Vittinghus muncul wira Denmark dengan menyumbangkan mata kemenangan menewaskan pemain Jepun, Riichi Takeshita, 23-21, 21-17 sekali gus mengatasi Jepun dan membawa gergasi Eropah itu ke perlawanan separuh akhir berdepan Malaysia.
Bagi Vittinghus, Denmark dan Malaysia masing-masing memiliki kelebihan dan naib juara Piala Thomas lapan kali itu tidak akan tunduk mudah kepada Malaysia.
"Bagi saya, ini satu perlawanan 50-50 kerana kedua-dua pasukan bermain dengan baik.
"Bagaimanapaun, saya rasa pasukan kami memiliki kelebihan dan kami akan mengambil kesempatan ke atas apa-apa kesilapan yang dibuat pemain Malaysia," katanya.
Prospek Malaysia ke akhir Piala Thomas: Apa kata pakar?
Denmark meraih kemenangan ke atas Jepun dalam suku akhir pada Khamis dengan mata disumbangkan menerusi perseorangan pertama, Viktor Axelson, beregu pertama, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen dan Vittinghus
Bagaimanapun, kem Denmark kini dalam kebimbangan dengan kecederaan yang tampak melanda perseorangan keduanya, Jan O'Jorgensen, yang tewas 13-21, 21-13, 10-21 kepada Takuma Ueda.
Kali terakhir Malaysia bertemu Denmark dalam separuh akhir ialah pada 2006 di Sendai, Jepun dengan kemenangan berpihak kepada Denmark 3-2.
Topic Berkaitan
#Denmark
#Hans-Kristian Vittinghus
#Kunshan
#Malaysia
#Piala Thomas 2016
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan