AARHUS (Denmark): Malaysia berpeluang menebus kekalahan kepada Indonesia selepas kedua-dua pasukan itu diundi sekali lagi bertemu pada saingan suku akhir Piala Thomas di sini pada jam 1.30 tengah hari (7.30 malam waktu Malaysia) hari ini.
Malaysia, yang muncul naib juara Kumpulan D selepas tewas 4-1 kepada Jepun di Arena Ceres di sini pada Khamis, tewas 3-1 kepada Indonesia pada peringkat sama pada edisi 2018 di Bangkok.
Indonesia, yang muncul juara Kumpulan A, telah memenangi piala berprestij itu untuk rekod sebanyak 13 kali manakala Malaysia lima kali dengan kali terkahir pada tahun 1992 di Kuala Lumpur.
Selain Malaysia dan Jepun, saingan suku akhir lain esok, menyaksikan Korea Selatan menentang Jepun, Thailand berdepan dengan juara bertahan China manakala Denmark bertemu India.
Seandainya, skuad muda negara mengatasi Indonesia, maka mereka bakal berdepan dengan Denmark atau India pada saingan separuh akhir.
Mengulas undian tersebut, Pengarah Kejurulatih Persatuan badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berharap anak buahnya dapat bangkit semula hari ini selepas tewas kepada Jepun.
"Saya rasa kita kena terima kekalahan kepada Jepun hari ini kerana memang itu pasukan pilihan. Saya percaya pemain kita akan bangkit semua daripada kekalahan ini apabila bertemu Indonesia esok (Jumaat).
"Semua pasukan sama handal...jadi tidak kisah siapa yang kita akan jumpa. Oleh itu, kita harus merangka strategi dan menunjukkan keupayaan kita untuk menggalas tugas yang mencabar ini...itu penting.
"Panel jurulatih akan berbincang dan cuba merangka strategi yang betul untuk pertarungan esok," katanya pada Khamis.
Dalam perlawanan dengan Jepun, Leong Jun Hao, yang menghuni ranking ke-120 dunia, melakukan kejutan dalam penampilan sulung dalam kempen kali ini, apabila menewaskan pemain nombor 16 dunia, Kenta Hishimoto, 21-19, 21-18 pada acara perseorangan ketiga negara.
Saingan bermula dengan pemain nombor satu dunia, Kento Momota terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Lee Zii Jia 15-21, 21-12, 23-21 pada pertarungan selama 80 minit untuk memberi mata pertama kepada Jepun.
Kejayaan itu melanjutkan rekod kemenangan Momota itu kepada lapan daripada 10 pertemuan dengan Zii Jia dengan dua kekalahan itu masing-masing pada suku akhir All England Mac lalu dan separuh akhir Piala Sudirman di Finland, dua minggu lalu.
Malaysia kemudian mengalami satu lagi tamparan apabila pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan beregu nombor lapan dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas 13-21, 13-21 kepada gandingan nombor 16 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam masa 37 minit.
Jepun kemudian mengutip mata kemenangan menerusi acara perseorangan kedua apabila pemain nombor 13 dunia, Kanta Tsuneyama menewaskan wakil negara, Cheam June Wei 22-20, 21-13, yang juga pemain ranking ke-70 dunia, dalam masa 49 minit.
Malaysia sekali lagi gagal memperoleh mata apabila gandingan baharu Akira Koga-Yuta Watanabe menghadiahkan mata keempat kepada Jepun dengan menyingkirkan beregu kedua negara Nurr Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei 21-10, 21-16.
Bagaimanapun, sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan itu sudah mengesahkan slot suku akhir.
Dalam saingan kumpulan, Malaysia dan Jepun masing-masing menewaskan Kanada 5-0 dan 4-1.
England, yang diundi dalam kumpulan itu, bagaimanapun menarik diri sebelum kejohanan bermula.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021
Wong Choong Hann berharap anak buahnya dapat bangkit semula esok selepas tewas kepada Jepun. - Gambar fail
Kontroversi UM: Mahasiswa protes tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Hong Kong tagih sentuhan pakar untuk Piala Thomas
Hong Kong, yang mempunyai bekas pemain antarabangsa Wong Choong Hann dan Choong Tan Fook dalam set kejurulatihan mereka, hanya membuat penampilan keenam mereka di pusingan akhir.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Xiong Du Du, Yu Rong Rong maskot Piala Thomas dan Uber 2024
Peringkat final Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Chenghdu, China dari 27 April hingga 5 Mei, disertai 32 pasukan dari 20 negara dan kawasan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.