AARHUS (Denmark): Selepas mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Thomas dengan membelasah Kanada 5-0 malam tadi (awal pagi Rabu di Malaysia), skuad negara bertekad untuk mempamerkan semangat juang yang sama ketika bertemu Jepun pada pagi Khamis (2.30 petang waktu Malaysia).
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata barisan pemain negara akan terus berjuang dalam aksi getir menentang naib juara 2018 itu, pada aksi terakhir Kumpulan D di Arena Ceres, di sini.
"Bertemu Jepun, jawapanya ringkas, kita akan lawan...Kita datang nak mengajar pemain muda kita bahawa kita tidak boleh mudah menyerah kalah, kita akan mengambil semua kesempatan di sini untuk mencabar mana-mana pasukan gergasi.
"Kalau kita mengajarkan penetapan minda dan budaya macam ini, tetapi kita punya tindakan berlainan, bagi saya tak serasi lah, jadi kita akan lakukan aksi serupa sebagaimana kita tetapkan dalam minda, dan lawan sampai akhir ketika menentang Jepun," katanya.
Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata pihak jurulatih akan merencana strategi yang sesuai dalam menetapkan barisan pemain negara, termasuk sama ada mengekalkan barisan gandingan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Di atas kertas, Jepun yang diketuai pemain nombor satu dunia Kento Momota, dianggap sebagai pasukan pilihan apabila mempunyai barisan pemain perseorangan seperti Kanta Tsuneyama (13), Kenta Nishimoto (16) dan Koki Watanabe (43).
Di bahagian beregu, walaupun tiga pemain utama - Takeshi Kamura, Keigo Sonoda dan Hiroyuki Endo - telah bersara selepas kekecewaan pada Olimpik Tokyo, skuad negara matahari terbit itu masih mempunyai pilihan kuat seperti beregu ranking ke-16 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, Yuta Watanabe dan Akira Koga untuk memberi cabaran sengit.
Juara lima kali Malaysia, turun selaku 'underdog' pada edisi kali ini apabila dibarisi pemain muda yang diketuai oleh pemain nombor lapan dunia, Lee Zii Jia yang dilihat mampu mengatasi Momota, selepas memenangi dua daripada tiga pertemuan pada tahun ini di All England dan Piala Sudirman.
"Saya rasa Momota akan membuat persiapan yang bagus untuk pertemuan esok, dan sudah pasti saya pun untuk buat bahagian saya dan akan buat yang terbaik. Saya rasa tak mungkin Jepun (akan ambil risiko) menurunkan Kanta," katanya.
Walaupun Zii Jia dan Aaron-Soh Yik dilihat mampu menghadiahkan mata buat Malaysia, namun untuk mengatasi Jepun, barisan pemain perseorangan kedua dan ketiga yang kemungkinan besar digalas oleh Leong Jun Hao, Cheam June Wei atau Ng Tze Yong, serta beregu kedua Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani juga perlu memainkan untuk mencuri mata.
Jepun dan Malaysia sudah pun mengesahkan slot ke suku akhir selepas masing-masing membenam Kanada 4-1 dan 5-0 selepas England tarik diri, dengan pertemuan esok bakal menentukan juara kumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Choong Hann berkata barisan pemain negara akan terus berjuang dalam aksi getir menentang naib juara 2018 itu, pada aksi terakhir Kumpulan D di Arena Ceres.- Gambar fail
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
June Wei juara Piala Lin Dan
Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.
Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.