KUALA LUMPUR: Pahang yang pada satu ketika ketinggalan, mempamerkan permainan menarik untuk mengalahkan juara empat kali Melaka 4-3 menerusi penentuan pukulan penalti, untuk layak ke perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak 2021.
Naib juara tiga kali, yang ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, berjaya menyamakan kedudukan sebelum memenangi perlawanan separuh akhir yang berlangsung dalam hujan lebat di Stadium Hoki Nasional.
Kejayaan itu membolehkan pasukan lelaki negeri itu, mengiringi pasukan wanita mereka ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di venue yang sama semalam.
Melaka bermula dengan baik dan mendahului menerusi pukulan sudut penalti Amirrullah Zainol pada minit keempat dan melebarkan kedudukan menerusi pukulan penalti Mohamad Faid Farhadh Mohamad Shah pada minit ke-24.
Bagaimanapun Pahang berjaya membawa perlawanan itu ditentukan menerusi pukulan penalti, menerusi gol daripada Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abdul Rahim (gol padang) pada minit ke-37 dan pukulan penalti Muhammad Idris Samad satu minit kemudian, sebelum memenangi menerusi pukulan penalti dan layak ke akhir buat kali keempat selepas edisi ke 2011, 2012 dan 2014.
"Syukur alhamdulillah, bila pasukan wanita layak ke final, ia menjadi pembakar semangat kepada skuad lelaki. Apabila ketinggalan 0-2, saya beritahu kepada pemain supaya pergi habis-habisan, walaupun seri.
"Pemain-pemain memang tak pernah putus asa, dengan kecergasan yang baik, dan mereka bermain habis-habisan hari ini. Kita lupakan kekecewaan lalu, kali ini dengan pasukan baru dan semangat baru, kita harap tuah buat kita esok," kata jurulatih Mohd Sufian Mohamed kepada Bernama selepas perlawanan, semalam.
Sementara itu juara bertahan Perak, mengintai kejuaraan buat kali ke-11, selepas menewaskan Terengganu 2-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Juara bertahan itu membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi pukulan penalti Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin, sebelum Arif Sabri menjadikan dua kosong menerusi gol padangnya pada minit ke-46.
Jurulatih Perak Abdul Sukur Adam berkata pemainya bermain dengan baik mengikut perancangannya, namun kekurangan dari segi gerakan penyudah.
Terdahulu dalam kategori wanita, juara bertahan Pahang menewaskan Pulau Pinang 1-0 menerusi gol padang jaringan Nuriza Sulaiman pada minit kesembilan.
Juara dua kali itu akan bertemu Kuala Lumpur yang menewaskan Melaka juga dengan jaringan 1-0 menerusi gol padang Nur Zafirah Aziz, pada minit-minit terakhir perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Pemain Perak Muhammad Husaini Mohd Husin diasak pemain Terengganu Mohd Shahrun Nabil Abdullah pada perlawanan separuh akhir lelaki Piala Tun Abdul Razak 2021 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Piala Tun Razak 2021: Pahang bertemu Perak di akhir
Pahang yang pada satu ketika ketinggalan, mempamerkan permainan menarik untuk mengalahkan juara empat kali Melaka 4-3.