awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ping pong B-19, B-15 lelaki cipta sejarah ungguli Kejohanan Remaja SEA 2024

Bernama
Bernama
13/05/2024
14:01 MYT
Ping pong B-19, B-15 lelaki cipta sejarah ungguli Kejohanan Remaja SEA 2024
Pemain negara meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Vietnam pada kategori bawah 19 tahun berpasukan pada Kejohanan Pingpong 28th Asia Tenggara Baker's Cottage 2024 di Arena Tan Sri Hamzah Majlis Olimpik Malaysia (OCM) hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad ping pong lelaki Bawah-19 tahun (B-19) dan B-15 mencipta sejarah, apabila buat pertama kali mengungguli Kejohanan Pingpong Remaja Asia Tenggara (SEA) 2024 acara berpasukan, di Kompleks Sukan Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.
Dengan kemenangan itu, kedua-dua pasukan itu layak untuk membawa cabaran negara ke Kejohanan Remaja Asia 2024, yang berlangsung pada 30 Jun hingga 6 Julai di Chongqing, China.
Pada aksi final yang berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah itu, menyaksikan skuad negara menewaskan Vietnam 3-0.
Malaysia mengutip mata pertama menerusi Lai Yong Han yang menumbangkan Nguyen Duy Phong 11-9, 11-6, 8-11, 11-4 sebelum wakil kedua negara Pang Xiang Jun, mengetepikan Tran Manh Cuong 11-7, 11-3, 11-4 untuk mata kedua negara.
Malaysia terus menyerlah menerusi Rchard Yap Rui Zhe yang mengecewakan Nguyen Hoang Lam 11-7, 11-5, 11-13, untuk mengutip mata ketiga dan sekali gus mengesahkan kejuaraan buat Malaysia.
Dalam pada itu jurulatih skuad B-19 Chai Kian Beng berkata beliau tidak menjangkakan skuadnya mampu merangkul kejuaraan, buat kali pertama itu.
"Dengan Vitenam ini saya tak sangka boleh menang 3-0, sebab di peringkat kumpulan kita menang tipis 3-2, tapi di final ini saya beri mereka semangat untuk kekalkan momentum kemenangan.
"Lepas ini kita akan fokus untuk Kejohanan Asia Remaja di China, dan kemenangan ini menunjukkan skuad ping pong Malaysia mempunyai masa depan cerah," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, skuad B-15 negara turut merangkul kejuaraan dengan menewaskan Thailand 3-1 pada satu lagi aksi final, di venue sama.
Perlawanan itu menyaksukan Lai Yong Ren menewaskan Nimit Soiphuang 11-4, 11-4, 0-11, 11-9, sebelum rakan senegara Lee Hong Ann, tewas kepada Thitaphat Preechayan 8-11, 8-11, 11-6, 6-11.
Malaysia bagaimanapun bangkit menerusi Tey Hong Yu, yang mengecewalan Leonard Piyachai 11-6, 11- 2, 11-3, sebelum Lee Hong Ann menutup perlawanan dengan kemenangan ke atas Nimit Soiphuang 11-8, 12-10, 11-9.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ping pong
#Kejohanan Pingpong Remaja Asia Tenggara
#Bawah-19 tahun
#Kejohanan Remaja Asia 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan