Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim Swee tidak mengamalkan dasar 'tutup pintu' kepada empat pemain Harimau Malaysia yang mengumumkan persaraan mereka minggu lepas.
Sebaliknya, pintu pasukan itu sentiasa terbuka buat kapten pasukan Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal sekiranya keempat-empat pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu ingin kembali menyarung jersi negara.
Biarpun menghormati keputusan pemain tersebut, Kim Swee berkata ia merupakan satu kerugian kepada negara kerana mereka kini berada di kemuncak prestasi.
"Kita harus menghormati keputusan itu kerana ia adalah hak individu tetapi pintu pasukan ini sentiasa terbuka seandainya mereka ingin menyarung kembali jersi kebangsaan," katanya pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di sini, hari ini.
Pada 12 Julai lepas, Safiq yang juga kapten skuad kebangsaan serta Aidil Zafuan mengumumkan persaraan daripada mewakili negara sebelum dua lagi rakan sepasukannya, Kunanlan dan Amirulhadi mengikut jejak mereka dua hari selepas itu.
Kim Swee turut membidas dakwaan latihan skuad negara yang tidak berintensiti tinggi menjadi punca kecederaan pemain selepas pulang daripada kem latihan pusat.
"Sebenarnya bila bercakap mengenai isu ini, kita mempunyai wakil daripada Institut Sukan Negara (ISN) yang setiap masa mengawasi dan mengikuti perjalanan pasukan kebangsaan.
"Saya juga mempunyai laporan penuh dan klip video ketika sesi latihan dan bersedia untuk diserahkan kepada menteri (Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin) dalam masa terdekat," katanya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan skuad Harimau Malaysia akan menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' mengikut tarikh yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Malaysia yang kini berada di ranking ke-167 dijadual bertemu Indonesia (ranking 191) di Surabaya pada 6 Sept disusuli pertemuan dengan Singapura (ranking 158) di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Okt dan aksi menentang Afghanistan (ranking 150) di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober.
"Pengurusan pasukan sepakat untuk hanya mengadakan satu perlawanan persahabatan pada September supaya pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat bermula 29 Ogos ini tidak terlalu keletihan selepas mengharungi jadual liga domestik yang padat.
"Kami mendapati pemain akan mengharungi enam perlawanan sepanjang Julai (tiga perlawanan Liga Super dan tiga Piala Malaysia) dan lapan perlawanan sepanjang Ogos (empat perlawanan Liga Super dan empat Piala Malaysia)," katanya.
Kim Swee berkata, untuk Oktober pula jadual liga domestik tidak begitu padat dan dua perlawanan persahabatan bertemu Singapura serta Afghanistan boleh dijadikan persiapan terbaik menjelang Piala AFF November ini.
"Bagaimanapun, untuk kem latihan pusat terakhir sebelum ke Piala AFF, kami masih belum memuktamadkan pasukan mana yang akan dihadapi pada November sebelum sepak mula kejohanan pada 19 November," katanya.
Kim Swee merancang memulakan kem latihan pusat terakhir menghadapi Piala AFF pada 23 Oktober iaitu sehari selepas saingan Liga Super berakhir dan pemain yang selesai beraksi pada final Piala Malaysia, akan melapor diri pada 31 Oktober.
Bagaimanapun, jika JDT layak ke perlawanan akhir Piala AFC yang dijadual pada 5 November, pemain dari kelab berkenaan hanya akan melapor diri pada 6 November.
Majlis undian bagi Piala AFF yang dijadual berlangsung dari 19 November hingga 17 Disember akan diadakan di Yangon, Myanmar pada 2 Ogos ini.
Bernama
Mon Jul 18 2016
KIM SWEE: Pintu pasukan ini sentiasa terbuka seandainya mereka ingin menyarung kembali jersi kebangsaan.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pemain Arsenal ucapkan Tahun Baharu dalam Bahasa Mandarin
Kempen ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menawan hati peminat dari tanah besar China yang dianggap penting buat pasukan itu.
'Selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baru!' - Arsene Wenger
Arsene Wenger tidak sabar untuk duduk bersama penyokong Arsenal dan menjerit kepada pengurus baru ketika perlawanan.
VAR di skrin besar Piala Dunia Rusia 2018
Antara isu yang hangat diperkatakan mengenai VAR adalah penyokong tidak boleh menonton semula insiden yang dikesan.
Skuad B23 berdepan negara Timur Tengah sebagai persediaan Sukan Asia - Kim Swee
Malaysia B-23 akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa negara Timur Tengah sebagai persiapan menjelang Sukan Asia 2018.
Revolusi digital: Penyokong bola sepak aset kepada pasukan
Pasukan negeri atau kelab perlu menggunakan platform digital sebagai medan perniagaan dan hubungan dengan penyokong mereka.
JDT tekad bermati-matian pada Piala AFC 2018
Saingan musim depan mungkin aksi terakhir JDT dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.
Diego Costa semakin berdisiplin, kata Antonio Conte
Penyerang kebangsaan Sepanyol itu bertelagah dengan pertahanan Stoke selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-17 kerana tidak berpuas hati apabila dikasari Bruno Martins Indi.
Ballon d'Or: Zlatan Ibrahimovic mampu ketepikan Messi dan Ronaldo - Mourinho
Ibrahimovic berada di tahap terbaik sejak menyertai United dari Paris Saint-Germain apabila telahpun menyumbat 26 gol dalam 38 penampilan musim ini.
Suarez terkejut dengan pengumuman Luis Enrique
Selepas melakar kemenangan besar 6-1 ke atas Sporting Gijon kelmarin, Luis Enrique mendedahkan dia tidak akan menyambung tugas sebaik kontraknya berakhir pada Jun.
Arsenal perlu simpan Sanchez berbanding Ozil - Wilson
Kedua-dua pemain tersebut bakal tamat kontrak hujung musim depan dengan beberapa kelab sudah mula menunjukkan minat terhadap mereka.