awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP tidak halang ADAMAS teruskan perjuangan isu doping

Bernama
Bernama
28/04/2020
13:31 MYT
PKP tidak halang ADAMAS teruskan perjuangan isu doping
ADAMAS sebagai badan yang bertanggungjawab melakukan ujian dan kesedaran mengenai penggunaan bahan larangan, masih tetap gigih meneruskan usaha membendung gejala doping. - Gambar hiasan
Biarpun keseluruhan acara sukan dan latihan atlet negara tergendala sejak 18 Mac berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19, 'perjuangan' mengenai isu doping dalam sukan tetap diteruskan.
Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Azura Abidin berkata ADAMAS sebagai badan yang bertanggungjawab melakukan ujian dan kesedaran mengenai penggunaan bahan larangan, masih tetap gigih meneruskan usaha membendung gejala doping.
Menurutnya ADAMAS mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan beberapa persatuan sukan kebangsaan (NSA) bagi menganjurkan Webinar Pendidikan Anti-Doping kepada atlet, jurulatih dan ahli persatuan; selain meningkatkan pendidikan menerusi laman media sosial agensi itu seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
"Webinar ini bertujuan memastikan barisan atlet dan penggiat sukan mendapat maklumat secukupnya mengenai penyalahgunaan bahan terlarang dalam sukan, hukuman dan risiko ke atas kesihatan.
"Kita baru buat siri pertama bersama Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) melibatkan 20 atlet dan jurulatih. Selepas ini, kami bercadang untuk kerjasama dengan beberapa NSA lain melibatkan sukan seperti olahraga, silat, ragbi dan pelayaran," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Pada masa yang sama, beliau memberi amaran kepada atlet bahawa walaupun ujian ditangguhkan buat masa ini berikutan PKP, pihaknya akan mengadakan ujian selepas PKP tamat dengan menyasarkan sukan dan atlet yang berisiko.
Azura turut mengingatkan atlet bahawa ujian kawalan doping boleh dijalankan pada bila-bila masa dan tidak hanya tertakluk kepada ujian semasa pertandingan sahaja, dan beliau seterusnya menggalakkan atlet menggunakan tempoh PKP untuk meningkatkan pengetahuan mereka, menerusi penggunaan platform dalam talian.
"Antara program yang disaran (untuk diserta atlet) ialah Athlete Learning Program of Health and Anti-Doping (ALPHA) di platform Anti-Doping E-Learning (ADeL) yang disediakan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA)," katanya.
Sebelum ini semua atlet negara diminta mengosongkan penempatan dan dibenar pulang ke rumah masing-masing sebelum PKP dikuatkuasakan, dan mereka kini menjalani latihan sendirian di rumah, dengan bantuan jurulatih menerusi pelbagai platform secara dalam talian seperti WhatsApp dan Zoom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADAMAS
#atlet
#COVID-19
#doping
#kesihatan
#pendidikan
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan