KUALA LUMPUR: Politik dalaman industri bola sepak negara merupakan cabaran getir yang perlu diatasi Scott O'Donnel sebaik dilantik sebagai Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam (5 Jan).
Pemerhati bola sepak tempatan Mohd Sadek Mustafa yang yakin dengan pengalaman luas O'Donnel dalam arena bola sepak Asia Tenggara, bagaimanapun mempersoalkan sama ada bekas Pengarah Teknikal 'Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) itu diberi kebebasan membentuk skuad Harimau Malaya, mengikut acuan tersendirinya selepas ini.
"Saya lihat Harimau Malaya masih dibelenggu politik dalaman, sehinggakan FAM sendiri tidak boleh mengawalnya kerana aspek persediaan dan kaedah permainan bukan halangan utamanya, namun lebih kepada aspek pengurusan individu dan mereka yang mengurus pasukan besar Liga Super dalam melepaskan pemain menyarung jersi kebangsaan.
"Kita tahu terdapat pasukan yang mempunyai kuasa besar menghalang pemain mereka mewakili Harimau Malaya, termasuk mengatur siapa boleh wakili atau tak boleh pergi...saya rasa isu itu sesuatu yang perlu diuruskan secara bijak oleh O' Donnel bersama FAM," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
O'Donnel, 54, yang diberi kontrak selama tiga tahun berkuatkuasa semalam, sudah biasa dengan budaya bola sepak rantau ini, apabila pernah beraksi bersama Kuala Lumpur pada 1994-1995, selain bermain di Liga Singapura bersama Tampines Rovers (1996-97, 1999-2000) dan Marine Castle United (1998-99).
Selain menjadi jurulatih Geylang United (2003-2005) di Singapura, beliau juga mempunyai pengalaman sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kemboja sebanyak dua kali, iaitu bermula 2005-2007 dan 2009-2010, sebelum menjadi Pengarah Teknikal AIFF bermula 2015-2017.
Bekas pemain pertahanan yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal Bolasepak Capital, iaitu badan induk bola sepak wanita di ibu negara Australia, Canberra, sejak 2017, telah melepaskan jawatan itu pada November lepas.
Baru-baru ini, skuad kebangsaan yang diletakkan sasaran mara ke final Piala AFF 2020 di Singapura, dihujani kritikan pedas peminat tempatan dan penganalisis bola sepak bermula daripada pemilihan pemain apabila beberapa pemain terbaik liga tidak disenaraikan, sehingga kekurangan tempoh persiapan berikutan saingan Piala Malaysia hanya tamat enam hari sebelum aksi pertama menentang Kemboja.
Malaysia selaku naib juara 2018, memulakan kempen Kumpulan B dengan kemenangan 3-1 ke atas Kemboja, 4-0 ke atas Laos, namun dibenam 0-3 oleh Vietnam dan 1-4 oleh Indonesia, sekali gus gagal mara ke separuh akhir apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga.
Dalam pada itu, Mohd Sadek juga berharap agar FAM dapat memberi bantuan secukupnya kepada O' Donnel dalam membina skuad yang mantap, bagi menghadapi pusingan terakhir kelayakan Piala Asia 2023 dalam tempoh kurang enam bulan (Jun 2022) daripada sekarang.
"Beliau sebenarnya tiada masa kecuali FAM berani bercakap benar kepada peminat dan tak akan panggil pemain yang disimpan dalam Liga Super, mewakili negara pada masa depan. Jika itu boleh terus terang kepada peminat saya rasa tiada masalah, namun jika FAM nak teruskan hajat ambil pemain terlibat saya khuatir tahap kecergasan mereka mungkin tidak sebaik seperti kita harapkan," katanya.
Mengenai cadangan O' Donnel yang mahu FAM melantik jurulatih asing bagi mengemudi Harimau Malaya, Mohd Sadek menyatakan ia seolah-olah petanda besar bahawa bekas tenaga pengajar FIFA itu mahukan individu yang 'sekutu' dengannya.
Jelasnya, ini kerana jurulatih asing dilihat mempunyai pengalaman luas dalam peringkat antarabangsa berbanding pengendali tempatan, yang difahamkan tidak mempunyai pendedahan kompetitif secukupnya.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Shah Alam itu berpandangan O'Donnel sebenarnya bersikap jujur, kerana beliau semestinya mahukan seorang jurulatih yang berkongsi konsep atau falsafah bola sepak yang sama, seterusnya mampu meningkatkan prestasi skuad bola sepak negara pada masa depan.
"Saya bukan nak menafikan kemampuan dimiliki pengendali tempatan, namun difahamkan mereka sudah lama tidak menjalani kursus di luar negara termasuk berpeluang membuat 'attachment' bersama kelab-kelab besar di Eropah, lebih-lebih lagi selepas pandemik COVID-19 melanda negara," katanya.
Sementara itu, beliau juga tidak bersetuju dengan khabar angin bahawa Ketua Jurulatih Skuad Bawah-22 tahun negara Brad Maloney dan Bojan Hodak yang membantu Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, dikaitkan dengan jawatan itu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan pada Isnin lepas, susulan kegagalan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2020, bulan lepas.
Menurutnya, Brad sepatutnya dibiarkan melunaskan misi besarnya bersama skuad muda manakala beliau yakin Bojan tidak akan mengambil alih kerusi panas itu selepas cukup masak dengan kerenah bola sepak tempatan, selain dilihat lebih selesa bersama 'The City Boys' yang mempunyai pengurusan baik seterusnya dapat membantunya melakar banyak pencapaian gemilang dengan pasukan itu musim depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
O'Donnel yang diberi kontrak selama tiga tahun berkuatkuasa semalam, dikatakan sudah biasa dengan budaya bola sepak rantau ini. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan Negeri diharap segera pemakaian Akta Perhutanan Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berharap semua kerajaan negeri akan menyegerakan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.
Dua ahli politik Melaka antara yang pernah disekat ke luar negara
Dua ahli politik Melaka antara 10 individu yang disekat ke luar negara selepas gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah mencecah puluhan ribu ringgit.
Bar alamat Google Chrome bakal jadi lebih pintar
Ini bermakna, Chrome turut boleh mencadangkan laman web yang tepat, membetulkan ejaan alamat web yang salah ditaip oleh pengguna dan banyak lagi.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Politik dalaman bola sepak cabaran getir Scott O'Donnel - Pemerhati
Politik dalaman industri bola sepak negara merupakan cabaran getir yang perlu diatasi Scott O'Donnel sebaik dilantik sebagai Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.