PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak bersangka baik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.
"Kita berhusnuzon, berbaik sangka dan serahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan kita lihat sama ada SPRM sediakan IP (kertas siasatan) dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya kepada media selepas Majlis Semarak MADANI Kompleks C, di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya siasatan SPRM itu ada asas, maka tindakan seterusnya adalah menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah.
"Kita tak ada kena mengena dengan apa-apa peristiwa sebelum dan selepas itu," katanya.
Terdahulu hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan Menteri Besar Perlis telah dirakam percakapan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Dua hari lepas SPRM mengesahkan pihaknya sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.
Sumber SPRM berkata pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, dan agensi itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.
Media baru-baru ini melaporkan lima individu termasuk anak Mohd Shukri ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Ahmad Zahid berkata, sekiranya siasatan SPRM itu ada asas, maka tindakan seterusnya adalah menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan
SPRM mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Hamzah beri bayangan MB Perlis daripada Pas jika PN menang PRU15
Selaku 'abang' dalam PN, calon daripada Pas dilihat lebih sesuai memegang jawatan berkenaan, kata Hamzah.
MB Perlis, Azlan Man dan Sova Ali sah cerai talak satu
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Sova Ali, hari ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat selepas melayari bahtera perkahwinan selama 12 tahun.
Penglibatan pelbagai semua pihak perlu untuk jayakan RKK Kota Raja-Pauh Putra - MB Perlis
Penglibatan semua pihak termasuk orang awam diperlukan bagi menjayakan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kota Raja-Pauh Putra, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.
MB Perlis jalani kuarantin di rumah
Azlan berkata beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pagi tadi.
Lima termasuk seorang pelajar perempuan positif COVID-19 - MB Perlis
Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kesemua mereka dilaporkan berusia lingkungan 20-an hingga 50-an.
Exco kerajaan Perlis dilantik minggu hadapan?
Kemelut yang membabitkan perlantikannya sebagai menteri besar sudah pun berakhir, dan akan menjalankan tugas sepertimana diamanahkan.