awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Positif dadah: Anabolik steroid beri kesan jangka masa panjang pada atlet angkat berat

Astro Arena
Astro Arena
15/04/2016
15:06 MYT
Positif dadah: Anabolik steroid beri kesan jangka masa panjang pada atlet angkat berat
Kedua-dua atlet tersebut masih mempunyai tempoh dua minggu untuk mencabar keputusan itu dengan menjalani ujian sampel B. - Gambar hiasan
Dua atlet angkat berat yang positif dadah bakal berhadapan hukuman berat jika didapati bersalah, itu tegas pegawai perubatan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Dr Talorchan singh.
Hukuman berat jika didapati bersalah, itu tegas pegawai perubatan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Dr Talorchan Singh.
Dr Tarlochan mengesahkan kedua atlet tersebut disahkan positif dadah jenis anabolik steroid dan bakal berhadapan hukuman maksimum empat tahun jika bersalah.
Kedua-dua atlet tersebut masih mempunyai tempoh dua minggu untuk mencabar keputusan itu dengan menjalani ujian sampel B.
Walau bagaimanapun, jika mereka enggan, hukuman tatatertib akan dikenakan buat kedua atlet tersebut.
"Seperti yang kita tahu, penggunaan anabolik steroid banyak dalam kalangan atlet angkat berat. Ia memberi kesan jangka masa pendek dan panjang kepada atlet.
"Kami akan mengenakan hukuman maksimum jika ujian sampel B didapati positif ," katanya.
Sementara itu, Presiden PABM, Datuk Ong Poh Eng, telah mengarahkan kedua atlet tersebut yang kini berada di China untuk latihan kebangsaan supaya pulang ke Malaysia serta merta dan menjalani penggantungan sementara.
Namun atas faktor perundangan, nama kedua atlet tersebut tidak diumumkan sehinggalah didapati bersalah.
Identiti kedua-dua atlit tersebut dirahsiakan, namun dikenal pasti sebagai bekas juara kebangsaan dan sebahagian daripada atlet yang mengikuti Program Kita Juara anjuran Majlis Sukan Negara (MSN).
"Setakat ini saya tidak akan memberi sebarang panduan mengenai atlet tersebut," jelas beliau.
Topic Berkaitan
#atlet angkat berat
#kes doping
#PABM
#positif dadah
#tindakan tatatertib
#ujian sampel B
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan