PREMIER League mengesahkan 16 lagi kes positif COVID-19 daripada dua ujian saringan terbaru yang dijalankan -- selepas 20 kes positif koronavirus melibatkan pemain dan staff kelab yang terlibat pada minggu sebelumnya.
Disebabkan peningkatan jumlah jangkitan virus itu dalam liga berkenaan dan di United Kingdom (UK) secara umumnya, Premier League telah menjalankan dua ujian dalam tempoh seminggu di antara 4 dan 10 Januari lalu, yang secara keseluruhan telah mengesan 36 kes positif.
Dalam dua ujian saringan yang diadakan di antara 11 dan 17 Januari lalu, terdapat pertambahan 16 kes positif daripada 3,115 sampel yang diambil.
Peratusan jangkitan itu menurun kepada 0.5 peratus berbanding 1.39 peratus dalam ujian saringan seminggu sebelumnya di mana 2,593 sampel diambil.
Setiap kelab telah diberikan panduan daripada Premier League minggu ini dan diingatkan agar mengelakkan "kontak yang tidak sepatutnya" seperti "bersalaman, bertepuk-tampar dan berpelukan" susulan kritikan kerajaan mengenai cara mereka meraikan jaringan.
Perlawanan Aston Villa menentang Tottenham dan Everton tepaksa ditunda berikutan kes positif COVID-19 dalam pasukan itu minggu lalu yang turut memaksa mereka menutup Pusat Latihan Bodymoor Health.
Villa dijangka akan kembali beraksi menentang Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok tetapi perlawanan di antara Leeds United dan Southampton pada hari yang sama tidak akan dilangsungkan.
Ia kerana Southampton akan berdepan Shrewsbury Town dalam pusingan ketiga Piala FA memandangkan jadual asal pada awal bulan ini terpaksa ditunda gara-gara jangkitan koronavirus dalam kelab Liga Satu itu, dengan pengurusnya, Steve Cotterill, masih berada di hospital.
Astro Arena
Tue Jan 19 2021
Dalam dua ujian saringan yang diadakan di antara 11 dan 17 Januari lalu, terdapat pertambahan 16 kes positif daripada 3,115 sampel yang diambil.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Carta Disiplin Liga Perdana Inggeris Musim 2022/23: Pasukan Paling 'Kotor'
Chelsea menjadi tumpuan dengan menduduki tempat kelima dalam pasukan 'terkotor' ini dengan 77 kad kuning dan tiga kad merah.
Premier League sahkan 16 lagi kes positif COVID-19
Premier League menjalankan dua ujian dalam tempoh seminggu di antara 4 dan 10 Januari lalu, yang secara keseluruhan telah mengesan 36 kes positif.
COVID-19: Perlawanan EPL Burnley-Fulham ditunda
Sebelum ini, penganjur berterusan menegaskan kejohanan akan tetap diteruskan meskipun tahap jangkitan di UK kian meningkat dan terdapat desas-desus untuk bola sepak di England direhatkan.
Mahkamah Singapura benar permohonan sekatan akses penstriman kandungan cetak rompak
Dalam satu kenyataan oleh Persatuan Industri Video Asia (AVIA) hari ini, permohonan itu dikemukakan oleh BBC Studios, Discovery, Premier League, La Liga, dan TVB.
Project Restart: EPL mulakan persediaan untuk kembali
Premier League mula langkah pertama perancangan untuk menyambung semula liga pada Isnin.
COVID19: Toby Alderweireld derma tablet kepada hospital
Alat komunikasi diharap memberi sedikit keceriaan kepada pesakit yang dikuarantin.
Manchester City rapatkan kedudukan dengan Liverpool
Manchester City merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Liverpool selepas membenam Huddersfield 3-0.
Liverpool belum pernah menang lawan Manchester United
Liverpool belum pernah menang lawan Manchester United dalam lapan pertemuan di Liga Perdana Inggeris ke atas musuh tradisi mereka itu.
Liga Fantasi: My Man Utd atasi Malaysia Spurs, All Reds
Kelab penyokong Manchester United pamer kebangkitan, Soljabiru terus kekal di puncak Liga Fantasi Bual Bola AWANI.
Manchester City ikat Soljabiru, Malaysia Spurs pintas Arsenal
Soljabiru dan Manchester City Malaysia berkongsi mata manakala Malaysia Spurs rampas tempat keempat daripada Arsenal Malaysia dalam Liga Fantasi Bual Bola AWANI.