KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Renang Para Malaysia (PREPMA) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pemilihan atlet untuk Paralimpik Paris 2024 dibuat mengikut prosedur dan kriteria yang betul serta adil, selepas Zy Kher Lee tidak dinamakan untuk mewakili negara.
Beliau menerusi kenyataan semalam berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum (MQS), Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik daripada World Para Swimming (WPS) ke temasya yang bakal diadakan bermula 28 Ogos hingga 8 Sept itu.
Tiga atlet yang berjaya mencatatkan MQS ialah Muhammad Nur Syaiful Zulkafli dalam empat acara dan Zy dalam dua acara, dengan kedua-dua atlet itu berada dalam kelas S5 (masalah fizikal), manakala Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan bagi satu acara dalam kelas S14 (masalah pembelajaran).
Megat Shahriman berkata selepas permohonan untuk satu slot bipartite tidak berjaya, pihaknya telah mengadakan mesyuarat pemilihan pada 3 Julai untuk menentukan dua perenang ke Paris berdasarkan tiga kriteria utama - peluang menang pingat, bilangan acara bakal disertai Malaysia dan pencapaian luar biasa.
Beliau berkata ketua jurulatih Fumiyo Minemura telah membentangkan secara terperinci kedudukan setiap atlet mengikut kriteria terbabit berdasar prestasi dari April 2023 hingga Jun lepas.
"Peratusan kebarangkalian memenangi pingat dibuat berdasarkan catatan masa, perbandingan prestasi dan pengiraan impak sains sukan pada adaptasi latihan. Muhammad Imaan Aiman mempunyai peratusan kebarangkalian memenangi pingat yang paling tinggi dengan 96.3 peratus untuk rekod peribadi (PB) dan 94.8 peratus berdasarkan rekod semasa (SB) untuk acara lelaki S14 100m kuak lentang.
"Ini diikuti Muhammad Nur Syaiful dengan 95.5 peratus (PB) / 93.2 peratus (SB) untuk acara lelaki SB4 100m kuak dada. Bagi acara S5 50m dan 100m gaya bebas, peratusan kebarangkalian memenangi pingat adalah masing-masing 94.7 peratus (PB) / 90.8 peratus (SB) serta 96.0 peratus (PB) dan 91.3 peratus (SB).
"Kebarangkalian untuk acara lelaki S5 200m gaya bebas adalah 88.7 peratus (PB), namun Muhammad Nur Syaiful tidak menyertai acara ini di kejohanan European Championships 2024 Madeira dan WPS World Series 2024 Berlin," katanya.
Menurut Megat Shahriman, Zy yang mempunyai dua acara sama dengan Muhammad Nur Syaiful iaitu S5 200m gaya bebas dan SB4 kuak dada, hanya mampu memiliki peratusan kebarangkalian sebanyak masing-masing 90.1 peratus (PB)/ 88.2 peratus (SB) dan 87.8 peratus(PB)/ 83.3 peratus (SB) masing-masing, sekali gus menduduki kedudukan ketiga dalam pemilihan.
Megat Shahriman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata bagi kriteria kedua, kontinjen negara boleh bertanding dalam lima acara daripada dua kategori yang berbeza jika Muhammad Imaan Aiman dipilih, berbanding Zy yang sama kategori dengan Muhammad Nur Syaiful, dengan Malaysia hanya boleh beraksi dalam empat acara bagi kelas S5.
Untuk kriteria terakhir, beliau berkata Muhammad Nur Syaiful meraih pingat emas acara SB4 100m kuak dada, manakala Zy memenangi dua pingat gangsa dan Muhammad Imaan Aiman satu gangsa pada Sukan Para Asia Hangzhou, tahun lepas.
"Muhammad Imaan Aiman meraih gangsa di WPS World Series 2024 Limoges dan tambah satu acara layak bawah MET (Minimum Entry Time) sementara Zy hanya memenangi satu pingat gangsa dalam kategori remaja. Pemberian dua slot oleh WPS adalah berdasarkan kepada pengiraan ranking tertinggi atlet sesebuah negara jika lebih daripada seorang atlet yang melepasi MQS.
"Dalam konteks ini, ranking Muhammad Nur Syaiful iaitu ranking ketujuh telah diambil kira pada masa pengiraan slot oleh WPS. Ini sekali gus menjawab dakwaan ranking dunia Zy yang menyumbang kepada pemberian dua slot adalah tidak tepat oleh pihak berkenaan," katanya.
Beliau berkata susulan itu, pihaknya telah menamakan Muhammad Nur Syaiful dan Muhammad Imaan Aiman untuk ke temasya Paris 2024.
Terdahulu, Zy, 17, merayu agar beliau diberikan slot ke temasya Paris 2024, manakala bapanya Walter Lee mempersoalkan status anaknya yang tidak terpilih mewakili Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Megat Shahriman berkata ketua jurulatih Fumiyo Minemura telah membentangkan secara terperinci kedudukan setiap atlet mengikut kriteria terbabit berdasar prestasi dari April 2023 hingga Jun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Selepas raih emas di Komanwel, Bonnie kini fokus Paralimpik Paris 2024
Bonnie dapat melakar nama sebagai atlet para negara pertama yang meraih pingat emas Sukan Komanwel.